Utusan Borneo (Sarawak)

Dewan Rakyat lulus Rang Undang-Undang Perbekalan

-

KUALA LUMPUR: Usaha blok pembangkan­g untuk menolak Rang Undang-Undang Perbekalan (Penguntuka­n Semula Peruntukan Perbelanja­an) Tahun 2020 gagal selepas undi belah bahagian di Dewan Rakyat semalam menyaksika­n 111 ahli Parlimen bersetuju, 106 menolak dan lima tidak hadir.

Susulan itu, Dewan Rakyat menerima usul berkenaan yang bertujuan mengadakan peruntukan bagi penguntuka­n semula daripada Kumpulan Wang Disatukan sejumlah wang yang tidak melebihi RM7,184,083,200.

Ini berikutan penyusunan semula beberapa kementeria­n, penubuhan beberapa kementeria­n baharu dan pembubaran satu kementeria­n selaras dengan pembentuka­n kabinet baharu pada 10 Mac 2020.

Terdahulu, Dewan Rakyat bertukar kecoh apabila ahli Parlimen blok pembangkan­g tidak berpuas hati dengan jawapan yang diberikan oleh Timbalan Menteri Kewangan II Mohd Shahar Abdullah ketika menggulung perbahasan rang undang-undang itu.

Situasi itu menyaksika­n Datuk Johari Abdul (PHSungai Petani) meminta undi belah bahagian diadakan dan ini dipersetuj­ui oleh lebih 15 ahli Dewan Rakyat yang lain.

Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Azhar Azizan Harun yang mempengeru­sikan sidang itu memerintah­kan undi belah bahagian diadakan selaras Peraturan Mesyuarat 46 (4) Dewan Rakyat dan loceng dibunyikan selama dua minit.

Sebelum proses undian berlangsun­g, Azhar menempohka­n mesyuarat Dewan Rakyat itu selama 10 minit dan meninggalk­an dewan.

Ini mengundang perbalahan ahli Dewan Rakyat di blok pembangkan­g yang mempersoal­kan tindakan Azhar.

Antaranya Sivarasa Rasiah (PH-Sungai Buloh) yang berkata: “Undi ini tidak sah kalau dibuat dalam tempoh Parlimen ditangguh.”

Khalid Abd Samad (PHShah Alam) berkata: “Orang (ahli Parlimen) tak cukup ke?”

Pada 11 Ogos, Azhar ketika membuka sesi pembacaan Rang Undang-Undang Perbekalan Tambahan (2019) menjelaska­n tempoh proses undi belah bahagian dipanjangk­an dengan tambahan 10 minit.

Ini bagi memberi masa secukupnya kepada ahli Parlimen untuk hadir ke Dewan Rakyat ketika proses undi belah bahagian dijalankan dengan mengambil kira prosedur operasi standard (SOP) COVID-19 serta jarak antara blok Parlimen dan blok pentadbira­n.

Azhar kemudian memaklumka­n rang undang-undang yang dibentang untuk bacaan kali kedua pada Khamis itu dipersetuj­ukan.

Seramai 18 ahli Parlimen mengambil bahagian dalam perbahasan rang undang-undang itu, antaranya Datuk Seri Bung Moktar Radin (BN-Kinabatang­an); Datuk Seri Ahmad Maslan (BN-Pontian); Mohamad Sabu (PH-Kota Raja); Tun Dr Mahathir Mohamad (Bebas-Langkawi); dan Lim Guan Eng (PH-Bagan). — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? BERSIDANG: Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin bersama menteri kabinet serta ahli parlimen yang lain ketika menghadiri Persidanga­n Parlimen Penggal Ketiga Parlimen ke-14 di Bangunan Parlimen di Kuala Lumpur, semalam.
— Gambar Bernama BERSIDANG: Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin bersama menteri kabinet serta ahli parlimen yang lain ketika menghadiri Persidanga­n Parlimen Penggal Ketiga Parlimen ke-14 di Bangunan Parlimen di Kuala Lumpur, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia