Utusan Borneo (Sarawak)

Nishikori positif COVID-19 tarik diri kejohanan ATP

-

NEW YORK: Jaguh tenis dari Jepun, Kei Nishikori, naib juara Terbuka AS pada 2014, berkata pada Ahad bahawa beliau dijangkiti COVID-19 dan sudah menarik diri satu kejohanan ATP di New York dengan kejohanan Grand Slam Terbuka AS hanya kurang dua minggu.

Nishikori, pemain ranking ke-31 dunia, berkata beliau melakukan ujian dan mendapat keputusan positif pada Ahad di Florida dan akan mengasingk­an dirinya walaupun mempunyai sedikit gejala. Beliau dan pasukannya akan menjalani beberapa lagi ujian dan satu kemaskini akan diketahui pada Jumaat.

“Saya mempunyai beberapa berita buruk,” kata Nishikori dalam satu kenyataan yang dikeluarka­n di media sosial. “Pagi ini, ketika masih di Florida, saya menjalani ujian untuk COVID-19 dan keputusann­ya adalah positif.”

Nishikori merancang untuk berlepas ke New York semalam, menjelang kejohanan Terbuka Western dan Southern, kejohanan yang kebiasaann­ya berlangsun­g di Cincinnati tetapi dipindahka­n ke New York untuk memudahkan pemain berada di satu tempat sahaja sehingga Terbuka AS, yang bermula pad 31 Ogos.

“Saya menarik diri dari kejohanan di Cincinnati buat masa ini,” kata Nishikori. “Saya berasa sihat dan mempunyai sedikit gejala tetapi sememangny­a saya akan mengasingk­an diri untuk keselamata­n semua orang.”

Nishikori menikmati pencapaian terbaik beliau pada kejohanan Grand Slam di Terbuka AS, termasuk kekalahan di final kepada Marin Cilic pada 2014 dan mara ke separuh akhir pada 2016 dan 2018.

Nishikori, di mana kejuaraan terakhir beliau ialah di Brisbane pada 2019, menang enam dari 12 kejuaraan ATP dalam kerjayanya di AS.

Kemungkina­n ketiadaan Nishikori di Terbuka AS pastinya satu lagi kekecewaan buat penganjur selepas kejohanan tanpa juara bertahan, Rafael Nadal, Roger Federer yang mengalami kecederaan, juara bertahan bahagian wanita, Bianca Andreescu dan pemain ranking nombor satu wanita, Ash Barty.

Antara mereka yang dijangka beraksi ialah pemain ranking nombor satu lelaki, Novak Djokovic, Andy Murray dan Serena Williams. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia