Utusan Borneo (Sarawak)

Nagelsmann bakal berhadapan dengan PSG dan Tuchel

-

LISBON: Selepas mengatasi Jose Mourinho dan Diego Simeone dalam Liga JuaraJuara, jurulatih RB Leipzig, Julian Nagelsmann sekarang akan berhadapan dengan kelab Paris Saint Germain (PSG) dan jurulatihn­ya, Thomas Tuchel, yang membantu memulakan kerjaya beliau sebagai jurulatih 12 tahun yang lalu, pada perlawanan separuh akhir hari ini.

Nagelsmann, 33, adalah jurulatih paling muda yang melangkah ke peringkat separuh akhir Liga JuaraJuara, meletakkan reputasiny­a sebagai salah seorang pakar taktik berbakat pada penampilan pertama Leipzig di pusingan kalah singkir kejohanan ini.

Nagelsmann mengatasi kelab Simeone, Atletico Madrid 2-1 pada minggu lepas, selepas menewaskan kelab Mourinho, Tottenham Hotspur pada dua perlawanan timbal balik di pusingan kedua musim ini.

Seterusnya adalah PSG dan rakan senegara dari Jerman, Tuchel, dengan Nagelsmann mengambil langkah pertama sebagai jurulatih untuk pasukan simpanan kelab Augsburg pada 2008 selepas kecederaan lutut yang kerap memaksa beliau bersara sebagai pemain pada usia hanya 20 tahun.

“Sudah tentu saya adalah bekas pemainnya, tetapi ia sudah agak lama,” kata Nagelsmann, yang beraksi di posisi pertahanan tengah sebelum ini.

“Saya lebih kepada urusan seharian seperti beliau sekarang.”

Sebagai jurulatih bekas kelabnya, Hoffenheim, Nagelsmann tewas dua kali dan seri sekali ketika berdepan Tuchel, yang ketika ini membimbing Borussia Dortmund dalam Bundesliga Jerman di antara 2016 dan 2017.

“Perlawanan menentang beliau sentiasa menarik, kerana beliau mempunyai idea yang baik tentang bola sepak,” tambah Nagelsmann.

“Saya kerap bermain (sebagai jurulatih) menentang beliau (Tuchel) tetapi jarang menang. Ia seharusnya berubah sekarang,” tambah beliau.

“Ia jelas kualiti yang mereka (PSG) ada – Angel Di Maria akan kembali dan (Kylian) Mbappe juga akan cergas untuk diturunkan dalam kesebelasa­n utama.

“Kami memerlukan prestasi terbaik untuk melangkah ke final.”

Satu kecederaan lutut yang kerap berlaku menamatkan karier beliau sebagai pemain pada 2008, “jika tidak, saya memerlukan lutut palsu apabila berusia 40 tahun,” kata Nagelsmann.

Baharu menamatkan usia remaja, beliau ditawarkan jawatan sebagai pencari bakat oleh jurulatih simpanan Augsburg, Tuchel ketika itu.

“Ia satu keputusan yang pragmatik – kerana Augsburg masih membayar gaji saya. Saya mengesan bakat untuk Tuchel,” kata beliau pada satu temu bual pada 2015.

Beliau mendedahka­n mereka “tidak begitu rapat”.

“Beliau bukan mentor saya, walaupun jika ramai berkata begitu. Perhubunga­n kami terlalu pragmatik tetapi saya berterima kasih kepada beliau kerana memberi idea kepada saya untuk menjadi seorang jurulatih.”

Tuchel kemudian membimbing Mainz dan Dortmund, di mana beliau membimbing kelab muncul juara Piala Jerman pada 2017 sebelum menyertai PSG pad 2018 dan kemudian memenangi kejuaraan Ligue 1 Perancis secara berturut-turut.

Ketika itu, Nagelsmann mencari pengalaman membimbing skuad remaja Augsburg, 1860 Munich dan Hoffenheim sebelum berpindah ke Leipzig pada 2019.

Selepas membimbing skuad Bawah 17 Tahun, Nagelsmann dilantik sebagai jurulatih Hoffenheim.

Beliau menjadi ketua jurulatih paling muda dalam sejarah Bundesliga Jerman pada Februari 2016 ketika berusia 28 tahun, apabila Hoffenheim berada di tangga kedua dari bawah liga tetapi beliau mengekalka­n pasukan dalam Bundesliga pada musim ini, menyebabka­n beliau dipilih sebagai jurulatih terbaik Jerman.

Dibawahken­dalianNage­lsmann, Hoffenheim berjaya menamatkan saingan liga di empat tangga teratas pada dua musim berikutnya, membolehka­n mereka membuat penampilan sulung dalam Liga Juara-Juara pada musim 2018/2019 tetapi tersingkir di pusingan pertama.

Beliau berjaya mengubah kelab tidak dikenali seperti Hoffenheim menjadi pasukan yang berupaya menewaskan kelab gergasi Bayern Munich sebanyak dua kali, dengan kemenangan 2-0 di Allianz Arena pada 2017 paling manis buat beliau.

Kejayaan bersama Hoffenheim menarik perhatian RB Leipzig, dengan Nagelsmann tiba sebelum permulaan musim dan berjaya menamatkan musim di tangga ketiga.

Sekarang, lebih dari satu dekad selepas beliau di skuad simpanan Augsburg, Tuchel dan Nagelsmann bertemu untuk memburu satu tempat ke final Liga Juara-Juara.

Bagaimanap­un, Liga Juara-Juara “bukan tentang persaingan dengan Mourinho, Simeone atau Tuchel,” tegas Nagelsmann.

“Ia adalah sukan berpasukan dan pasukan ini telah bermain dengan sangat hebat.”

Nagelsmann percaya kemenangan PSG ke atas Atalanta di peringkat suku akhir telah mengeluark­an beban di bahu Tuchel, yang tertekan untuk membawa

 ??  ?? pasukan ke separuh akhir. — AFP
JULIAN NAGELSMANN
pasukan ke separuh akhir. — AFP JULIAN NAGELSMANN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia