Utusan Borneo (Sarawak)

Perpindaha­n pemain jejaskan prestasi pasukan: Solskjaer

-

COLOGNE: Pengurus Manchester United, Ole Gunnar Solskjaer, mengakui pasukannya berhadapan beberapa minggu yang sibuk dalam pasaran perpindaha­n pemain selepas tewas perlawanan separuh akhir yang ketiga musim ini selepas Sevilla bangkit dari ketinggala­n sebelum menang 2-1 di Cologne pada Ahad.

United menerima padah kerana ketumpulan di jentera serangan selepas penalti Bruno Fernandes pada awal permainan meletakkan mereka di hadapan.

Suso bagaimanap­un mengikat kedudukan tidak lama selepas itu sebelum penjaga golnya, Bono, beraksi tangkas untuk mengekalka­n saingan dan pemain gantian, Luuk De Jong, meneruskan rekod cemerlang Sevilla dalam pertanding­an Liga Europa sejak beberapa tahun yang lalu apabila menjaringk­an gol kemenangan ketika berbaki 12 minit permainan.

United sudah mengesahka­n kelayakan ke Liga Juara-Juara musim hadapan apabila menamatkan musim di tangga ketiga Liga Perdana Inggeris tetapi terlalu bergantung kepada hanya segelintir pemain terdedah sekali lagi apabila Solskjaer tidak melakukan sebarang pertukaran pemain sehingga tiga minit sebelum tamat permainan.

Musim baharu Liga Perdana Inggeris mungkin bermula dalam empat minggu lagi dan rundingan awal untuk pembelian Jadon Sancho terhenti dengan kelab Borussia Dortmund menegaskan pemain antarabang­sa England itu akan terus kekal di Jerman pada musim hadapan.

“Kami perlu memperkuat­kan pasukan ini. Ia pastinya satu musim yang panjang,” kata Solskjaer.

“Saya tidak dapat berkata bila atau jika ada perpindaha­n dimuktamad­kan tetapi kami berusaha melakukann­ya. Ia perubahan yang pantas dewasa ini. Kami perlu mengesahka­n sepenuhnya sebarang perjanjian.”

Sevilla kini sudah menang 25 dari 25 perlawanan di peringkat kalah singkir Liga Europa dan percaya mereka ditakdirka­n memenangi kejohanan ini buat kali keenam apabila bertemu sama ada Inter Milan atau Shakhtar Donetsk di final.

“Ini adalah pasukan terbaik Manchester United pada beberapa tahun terakhir dan prestasi mereka dalam liga (domestik) begitu hebat, jadi ia tidak hairan apabila kami dipaksa bekerja-keras,” kata jurulatih Sevilla, Julen Lopetegui.

“Kami sangat teruja ke final tetapi ia pastinya perlawanan paling sukar dan kami harus membuat persediaan rapi.”

Lopetegui menikmati kebangkita­n di Sevilla selepas beberapa tahun sukar apabila dipecat sebagai jurulatih Sepanyol sehari sebelum sepak mula Piala Dunia 2018 kerana menerima tugas sebagai jurulatih Real Madrid tanpa memaklumka­n lebih awal dan kemudian dipecat sebagai jurulatih Real hanya beberapa bulan.

Sevilla kini belum tewas untuk rekod kelab sebanyak 20 perlawanan tetapi mereka gagal menangani rentak dan pergerakan jentera serangan United pada awal permainan ketika Marcus Rashford dikasari Diego Carlos selepas rembatan awalnya ditepis Bono.

Fernandes memastikan masalah awal musim United yang gagal menyempurn­akan penalti dilupakan apabila menyempurn­akan penalti kelapan beliau bersama United dan yang ke-22 yang diberikan kepada United pada musim ini.

Sevilla bagaimanap­un kembali mengikat kedudukan pada minit ke-19 apabila Sergio Reguilon melepasi pertahanan United sebelum melakukan umpanan yang disempurna­kan oleh Suso.

Walaupun ketiadaan penonton di Cologne yang mengurangk­an tarikan dan semangat dari penonton, pemain Sevilla dalam padang mendapat sorakan kuat dari rakan di bangku simpanan, kakitangan dan pegawai pasukan di tepi padang.

“Sokongan dari rakan sepasukan anda adalah penting.”

United berjaya menangani asakan demi asakan Sevilla dan mempunyai beberapa peluang awal dalam separuh masa kedua tetapi ketangkasa­n Bono dan penyudah hambar mengekalka­n saingan.

Lopetegui mengeluark­an penjaring terbanyakn­ya, Lucas Ocampos dan memasukkan De Jong dan pertukaran itu membuahkan hasil apabila Sevilla menemui semula rentak sebelum De Jong, yang mengharung­i musim pertama yang sukar di Sepanyol, menyempurn­akan hantaran lintang Navas untuk gol kemenangan. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? DIASAK: Pemain Sevilla Fernando dan pemain Manchester United Bruno bersaing mendapatka­n bola pada perlawanan Sevilla menentang Manchester United kelmarin di Cologne, barat Jerman.
— Gambar AFP DIASAK: Pemain Sevilla Fernando dan pemain Manchester United Bruno bersaing mendapatka­n bola pada perlawanan Sevilla menentang Manchester United kelmarin di Cologne, barat Jerman.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia