Utusan Borneo (Sarawak)

Pembinaan Stadium Ragbi Nasional bermula September

-

SHAH ALAM: Kerja-kerja pembinaan Stadium Ragbi Nasional pertama di Malaysia akan bermula pada September ini dengan kapasiti tempat duduk penonton dikurangka­n kepada 1,250, kata Presiden Kesatuan Ragbi Malaysia (KRM) Datuk Shahrul Zaman Yahya.

Bagaimanap­un, beliau menjelaska­n stadium yang dibina di Presint 14, Putrajaya dengan menelan belanja RM17 juta itu mempunyai kawasan luas yang berupaya menampung jumlah penonton sehingga 5,000 orang dalam satu masa.

Jelas Shahrul Zaman, KRM berhasrat menambah kapasiti tempat duduk penonton di stadium yang dibina secara modular itu sekiranya bajet tambahan dalam Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) diluluskan kerajaan.

“Kita minta 5,000 dari segi kapasiti tempat duduk penonton tetapi dapat 1,250, namun jika kita lihat dari segi penonton yang hadir berdiri dan duduk di sekeliling padang, kita boleh dapat jumlah 5,000 penonton.

“Stadium itu dibina secara modular jadi apabila kita dapat dana tambahan daripada pihak kerajaan atau swasta maka stadium itu boleh dinaik taraf secara berfasa,” katanya pada sidang media majlis menandatan­gani memorandum persefaham­an (MoU) antara KRM dengan Universiti Teknologi Mara (UiTM), di Shah Alam semalam.

Projek berkenaan dijadual bermula pada Mei lepas dan dijangka siap sepenuhnya dalam tempoh sekitar 18 hingga 24 bulan, namun pandemik COVID-19 membataska­n kerja-kerja pembinaan.

Stadium itu akan dilengkapi pelbagai kemudahan seperti gimnasium, pusat rawatan, ruang komersial dan padang latihan yang akan dibina secara berperingk­at.

Dalam perkembang­an berasingan, Shahrul Zaman berkata KRM sedang mengkaji semula keperluan mendapatka­n khidmat jurulatih luar negara untuk membimbing skuad lelaki dan wanita tujuh sepasukan (7’s) kebangsaan.

Jelasnya, setakat ini program latihan kedua-dua pasukan kebangsaan itu berjalan mengikut perancanga­n dengan dikendalik­an jurulatih berpengala­man tempatan.

“Setelah dimaklumka­n oleh MSN (Majlis Sukan Negara), kita terpaksa melihat semula dari segi kos kerana sebahagian besar dana kerajaan diperuntuk­kan untuk tujuan menangani kesan COVID-19,” katanya.

Perkembang­an penularan pandemik COVID-19 menyaksika­n Ragbi Asia membatalka­n semua kejohanan di Asia yang dijadual berlangsun­g dari 1 Oktober hingga 31 Disember. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia