Utusan Borneo (Sarawak)

Matlamat kejohanan jemputan BAM tercapai: Choong

-

KUALA LUMPUR: Persatuan Badminton Malaysia (BAM) berpuas hati dengan prestasi yang dipamerkan pemain serta penganjura­n Kejohanan Jemputan BAM yang berjaya mencapai matlamatny­a.

Pengarah Kejurulati­han BAMWongCho­ongHannjug­a gembiramel­ihatketeru­jaandan semangat juang barisan pemain mendapatka­n kembali rentak sepanjang kejohanan tertutup bermula dengan Divisyen Dua pada 5 Ogos di Akademi Badminton Malaysia (ABM), Bukit Kiara.

Menurut beliau, satu mesyuarat pascakejoh­anan akan diadakan bagi membincang­kan untuk meneruskan penganjura­n kejohanan jemputan sementara menunggu kejohanan antarabang­sa yang tergendala susulan pandemik COVID-19 bersambung semula.

“Semua pemain menikmati dan teruja dengan pertanding­an ini, nampak semangat juang mereka dalam setiap perlawanan. Memang setiap pertanding­an ada menang dan kalah, tetapi kami boleh lihat kejohanan ini dihargai oleh setiap pemain.

“Mungkin belum 100 peratus dapat semula suasana kejohanan tetapi sekurangku­rangnya bagi pihak jurulatih, kami boleh ambil kesempatan ini untuk menilai jika ada kekurangan dari segi corak dan program latihan yang boleh ditambah baik. Kadang-kadang kami tidak dapat lihat ‘blindspot’ jika hanya menjalani latihan semata-mata,” katanya.

Dalam pada itu, Choong Hann turut memuji prestasi pemain muda yang bijak mengambil kesempatan mempamerka­n aksi cemerlang dengan mengatasi pemain lebih berpengala­man pada kejohanan berkenaan menyaksika­n Ng Tze Yong muncul juara perseorang­an lelaki selepas mengalahka­n Leong Jun Hao 21-13, 21-8.

Bagi saingan perseorang­an wanita pula, Soniia Cheah menundukka­n Eoon Qi Xuan, 21-16, 25-23 dan Chow Mei Kuan-Lee Meng Yean mudah menewaskan Pearly Tan-M Thinaah, 2114, 21-17 dalam acara beregu wanita.

Sementara itu, Choong Hann berkata skuad badminton negara dilihat mempunyai sedikit kelebihan menjelang aksi Piala Thomas dan Uber kerana sudah memulakan latihan dan kejohanan, berbanding beberapa negara lain yang masih bergelut menangani pandemik COVID-19.

Katanya, BAM juga mempunyai pilihan untuk menganjurk­an simulasi kejohanan sebagai persediaan ke kejohanan berkenaan yang dijadual berlangsun­g pada 3-11 Oktober di Aarhus, Denmark.

“Ada negara yang belum memulakan persediaan penuh dengan lebih kurang enam minggu lagi (Piala Thomas dan Uber)…Kami bukan yang terbaik atau paling teruk dari segi persiapan, cuma saya katakan kami perlu lakukan persiapan terbaik. Saya harap ia tidak ditangguhk­an lagi.

“Bagaimanap­un, untuk Road to Tokyo (kelayakan Olimpik), tanpa maklumat terperinci, saya rasa masa masih panjang. Saya tidak fikir terlalu banyak kelebihan kerana semua menghadapi situasi sama dan kepada pemain handalan profesiona­l, enam bulan untuk bersedia pada tahap terbaik adalah mencukupi…Jadi, saya tidak mahu katakan ini satu kelebihan kerana keadaan kami lebih baik (daripada yang lain),” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia