Utusan Borneo (Sarawak)

Teka-teki bakal suami Nabila Razali dalam ‘Kebaya Kasut Kanvas’

-

TANPA angin, tanpa ribut, penyanyi dan pelakon popular Nabila Razali dikhabarka­n telah menerima lamaran kahwin. Penampilan baharunya dengan baju kebaya dan kasut kanvas juga mencetuska­n perbualan hangat apabila Nabila Razali kelihatan sangat manis dan berseriser­i.

Segala persoalan itu bakal terjawab menerusi drama ‘Kebaya Kasut Kanvas’ yang dibawakan khas oleh Samsung Galaxy A51, Flavettes Effervesce­nt Glow dan McDonalds.

Drama bersiri 10 episod yang diarahkan oleh Emi Suffian merupakan pembuka tirai buat slot Drama Pukul 6 di TV3, mulai 12 Ogos lepas dan ditayangka­n pada setiap hari Rabu dan Khamis, jam 6.00 petang.

Drama Pukul 6 adalah slot drama baharu yang diperkenal­kan oleh TV3 untuk mengetenga­hkan genre drama komedi romantik, berteraska­n kekeluarga­an dan ‘feel good’.

Drama bersiri yang menghiasi slot ini mempunyai kelainan dan keunikan tersendiri berbanding dengan drama yang sedia-ada di kaca TV. Kisah yang dikongsika­n juga sangat dekat dengan penonton di mana ia juga merupakan cerita benar atau masalah harian yang dialami oleh anda.

Kebaya Kasut Kanvas merupakan sebuah drama komedi romantis yang mengisahka­n Suria (Nabila Razali) yang bekerja di sebuah syarikat fesyen. Dia dikenali dengan cara pemakaian uniknya yang gemar mengenakan baju kebaya dengan kasut kanvas.

Suria tidak pernah mempunyai teman lelaki sejak zaman kolej dan dia seorang yang terlalu sibuk dengan kerjanya sehingga ibunya, Cik Pah (Rozita Che Wan) mula risau jikalau anak daranya tidak akan kahwin.

Tanpa pengetahua­n Suria, Cik Pah telah menerima lamaran kahwin bagi pihaknya. Cik Pah juga merahsiaka­n siapakah bakal suaminya malah Suria disuruh untuk mencari siapakah lelaki tersebut. Cik Pah hanya memberi satu petunjuk bahawa Suria juga mengenali lelaki itu.

Sejak hari itu, Suria mula memerhati lelakilela­ki di sekeliling­nya.

Siapakah kenalannya yang merupakan bakal suami sendiri? Mula-mula, Suria menganggap Gary (Fahrin Ahmad) yang membantu membetulka­n komputer ribanya adalah bakal suaminya tetapi Gary hanya bersikap dingin dengan Suria.

Tumpuan Suria beralih kepada Ameer (Malek Mccrone), pereka junior yang bekerja di butik pereka fesyen terkenal, Kaidan (Yusuf Hashim).

Tidak lama kemudian, Suria tertarik dengan keperibadi­an Ash (Ash Nordin), seorang penulis portal yang membuat ulasan untuk fesyen. Suria cepat mesra dan sangat senang dengan sikap peramah Ash. Walaupun mereka serasi, Suria tidak pasti sama ada Ash ialah bakal suaminya yang dicari.

Suria berusaha untuk mendapatka­n jawapan daripada ibunya tetapi gagal. Sewaktu berjalan-jalan di luar, Suria dan Cik Pah terserempa­k dengan rakan sekerjanya, Taj (Sean LJE).

Suria mula memikirkan Taj mungkin ialah bakal suaminya kerana ibunya mesra berbual dengan Taj. Walaupun begitu, Suria masih tidak yakin siapakah sebenarnya bakal suaminya. Masa semakin suntuk, beberapa jejaka yang muncul dalam hidupnya kemudian turut mengusik hatinya dengan tarikan tersendiri.

Antaranya, Dr Zuki (Dr. Say Shazril), seorang doktor kacak yang merawat Suria ketika dia jatuh sakit, Daniel Hashim (Ikmal Amry) yang gemar dengan aktiviti gim, pengusaha cafe Mikail (Ismail Izzani), Que (Haqiem Rusli) iaitu seorang arkitek dan juga Ustaz Azim (Azrel Ismail) yang sudah mempunyai dua isteri. Siapakah sebenarnya bakal suami kepada Suria?

Pastikan anda tidak ketinggala­n untuk menyaksika­n Kebaya Kasut Kanvas yang dibawakan khas oleh Samsung Galaxy A51, Flavettes Effervesce­nt Glow dan McDonalds di slot Drama Pukul 6 pada setiap hari Rabu dan Khamis, jam 6.00 petang hingga 7.00 malam di TV3 dan juga strim di laman portal www.tonton.com.my.

Ikuti portal www.xtra. com.my dan laman media sosial TV3 Malaysia di Instagram, Facebook dan Twitter untuk dapatkan maklumat lanjut tentang program dan drama terkini TV3.

 ??  ??
 ??  ?? IBU DAN ANAK: Rozita dan Nabila dalam Kebaya Kasut Kanvas.
Nabila dalam Kebaya Kasut Kanvas.
IBU DAN ANAK: Rozita dan Nabila dalam Kebaya Kasut Kanvas. Nabila dalam Kebaya Kasut Kanvas.
 ??  ?? MENARIK: Poster drama Kebaya Kasut Kanvas.
MENARIK: Poster drama Kebaya Kasut Kanvas.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia