Utusan Borneo (Sarawak)

CUBA ROGOL DAN UGUT BUNUH ANAK SAUDARA, LELAKI DIPENJARA DAN DISEBAT

-

KUCHING: Seorang penganggur lelaki dipenjara lima tahun dan dikenakan enam sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini, semalam kerana cuba merogol dan mengugut bunuh anak saudara perempuann­ya pada Ogos tahun lalu.

Hakim Steve Ritikos menjatuhka­n hukuman tersebut terhadap tertuduh berusia 27 tahun yang menukar pengakuann­ya kepada bersalah pada prosiding perbicaraa­n semalam.

Tertuduh yang beralamatk­an di Pending itu didakwa atas dua pertuduhan berasingan.

Untuk pertuduhan pertama di bawah

Seksyen 376 Kanun Keseksaan dibaca bersama 511 Kanun Keseksaan, tertuduh dijatuhi hukuman penjara lima tahun dan dikenakan enam sebatan.

Pertuduhan kedua pula menyaksika­n dia didakwa di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan dan dijatuhi hukuman penjara 30 bulan.

“Kedua-dua hukuman diarahkan berjalan serentak mulai dari tarikh tertuduh ditangkap iaitu pada 4 Ogos 2019,” ujar Steve semasa menjatuhka­n hukum.

Mengikut pertuduhan pertama dan kedua, tertuduh didakwa cuba merogol dan seterusnya mengugut bunuh mangsa berusia 24 tahun itu dengan menggunaka­n sebilah pisau pada 3 Ogos 2019, jam 3 pagi di rumah mangsa yang terletak di Jalan Matang, sini.

Berdasarka­n keterangan kes, mangsa yang sedang tidur berseorang­an di dalam bilik terjaga apabila berasakan seseorang naik ke atas katilnya.

Apabila mangsa membuka mata, tertuduh terus mengacukan pisau ke lehernya dan mengarahka­nnya untuk mendiamkan diri.

Mangsa yang berada dalam ketakutan hanya diam, sementara tertuduh membuka seluarnya serta seluar mangsa.

Tertuduh kemudian bertindak menggosok kemaluanny­a ke atas kemaluan mangsa.

Selesai melakukan perbuatan tersebut, tertuduh meninggalk­an bilik dan mangsa dengan serta-merta menghubung­i suaminya untuk meminta pertolonga­n.

Akibat kejadian itu juga, mangsa mengalami kecederaan di bahagian leher.

Pendakwaan dikendalik­an oleh Timbalan Pendakwa Raya Danial Ilham Kamaruddin, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

 ??  ?? KE PENJARA: Tertuduh
diiringi polis selesai prosiding mahkamah.
KE PENJARA: Tertuduh diiringi polis selesai prosiding mahkamah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia