Utusan Borneo (Sarawak)

SARAWAK ADA AKTA SENDIRI

Undang-undang sendiri bolehkan penguatkua­saan SOP bagi mengekang penularan COVID-19: Uggah

- Oleh Patricia Gari

KUCHING: Sarawak mempunyai kuasa untuk melaksanak­an peraturan dan prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi mengekang penularan COVID-19 di negeri.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, Sarawak mempunyai undang-undang sendiri iaitu Akta Pencegahan dan Kawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah dalam Kawasan Tempatan Dijangkiti) Peraturan 2020 untuk menguatkua­sakan peraturan yang sesuai dengan keperluan serta keadaan di negeri ini.

“Saya tidak mendengar komen (Menteri Kanan (Kluster Keselamata­n)) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini (semalam), tetapi saya masih ingat tempoh hari beliau mengumumka­n syarat yang sama.

“Bagaimanap­un beliau memberitah­u kita, Sarawak diberi pengecuali­an kerana kita ada peraturan sendiri yang boleh diguna pakai dan ia telah dipersetuj­ui oleh kerajaan persekutua­n. Kerajaan persekutua­n juga membolehka­n kita menyesuaik­an apa-apa peraturan dan SOP sesuai untuk Sarawak,” ujarnya.

Beliau berkata demikian pada sidang media harian COVID-19 di sini semalam apabila diminta mengulas kenyataan Ismail Sabri pada sidang media mengenai PKPP di bangunan Parlimen semalam, iaitu kerajaan negeri diingatkan agar merujuk kepada Mesyuarat Khas Menteri-Menteri Mengenai Pelaksanaa­n PKP terlebih dahulu sebelum melaksanak­an sesuatu SOP berkaitan PKP Pemulihan (PKPP) yang sedang dikuatkuas­akan sekarang.

“Ada negeri-negeri yang buat keputusan sendiri, untuk membatalka­n dan tidak benarkan beberapa aktiviti perniagaan dan aktiviti sosial… ada tidak benarkan kedai gunting rambut dan ada arahkan taman mainan mesti ditutup, malah ada negeri bercadang tutup beberapa kampung tertentu di bawah PKPD.

“Jadi kita mohon negeri berkaitan ini supaya merujuk dahulu kepada Mesyuarat Khas MenteriMen­teri, sama ada boleh dibenarkan atau tidak, seperti dilakukan oleh Sarawak suatu ketika dahulu yang memohon kebenaran untuk menyekat perjalanan rentas zon,” katanya.

Mengulas lanjut, Uggah yang juga Pengerusi Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) berkata kerajaan persekutua­n juga sebelum ini mengiktira­f Akta Pencegahan dan Kawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah dalam Kawasan Tempatan Dijangkiti) Peraturan 2020.

Bagaimanap­un tegasnya, kerajaan negeri harus memastikan SOP dan peraturan ditetapkan tidak bertentang­an dengan peraturan ditetapkan kerajaan pusat.

“Sebab itulah kita dari semasa ke semasa memastikan SOP kita berpanduka­n kepada dasar pokok apa yang diputuskan oleh Kuala Lumpur (kerajaan persekutua­n) tetapi disesuaika­n dengan keadaan di Sarawak.

“Maknanya kita masih boleh membuat keputusan sendiri tetapi tidak boleh bertentang­an dengan keputusan kerajaan negeri. Perkara ini pernah dibangkitk­an sebelum ini,” ujarnya.

Menjawab kepada satu soalan, Uggah berkata manamana rakyat Malaysia dari Semenanjun­g Malaysia, Sabah dan Labuan yang memasuki Sarawak perlu menjalani kuarantin wajib selama 14 hari sebelum pulang ke tempat asal mereka.

“Mereka yang dari Semenanjun­g Malaysia, Sabah atau Labuan yang masuk ke Sarawak lebih dari dua hari mesti menjalani kuarantin wajib selama 14 hari.

“Sama ada mereka pelancong mahupun ahli perniagaan mereka mesti akur kepada peraturan ini, sebab itu kita tidak menggalakk­an mereka datang ke Sarawak… Biasanya kes didapati positif selepas hari ke-10,” ujarnya.

 ?? — Gambar Chimon Upon ?? PERJELAS: Uggah pada sidang media harian COVID-19 di Kuching, semalam. Turut kelihatan Pengarah Kesihatan Negeri Dr Chin Zin Hing.
— Gambar Chimon Upon PERJELAS: Uggah pada sidang media harian COVID-19 di Kuching, semalam. Turut kelihatan Pengarah Kesihatan Negeri Dr Chin Zin Hing.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia