Utusan Borneo (Sarawak)

MAYAT TERAKHIR INSIDEN PERAHU KARAM DITEMUI

-

MIRI: Mangsa kedua dan terakhir yang lemas di Sungai Tinjar, Long Aton, Baram pada malam Sabtu lalu, berjaya ditemui pagi semalam.

Mayat Eduin Jala, 47, ditemui pasukan mencari dan menyelamat (SAR) pada jam 8.50 pagi, hulu sungai Long Sobeng, kira-kira sejam setengah perjalanan dari lokasi karam.

“Mayat mangsa berjaya ditemui di hulu sungai di kawasan Lubok Kapah, Long Sobeng pagi tadi (semalam),” demikian menurut sumber yang turut mengambil bahagian dalam usaha mencari dan menyelamat mangsa kepada Utusan Borneo di sini, semalam.

Dalam kejadian Sabtu lalu jam 2.30 petang, dua mangsa terbabit bersama tiga yang lain merupakan pekerja yang membuat kerja-kerja baik pulih di Sekolah Kebangsaan (SK) Long Aton dan mereka telah pergi memancing dan menjala ikan di hulu sungai sejauh 20 minit berperahu dari sekolah tersebut.

Namun dalam perjalanan balik kira-kira jam 9.30 malam, perahu mereka terlanggar batu lalu pecah dan karam.

Kesemua mangsa berusaha menyelamat­kan diri dan tiga daripada mereka berjaya berenang ke tebing, namun dua mangsa terbabit hanyut dibawa arus sungai yang amat deras ketika kejadian.

Penguasa Bomba dan Penyelamat Zon

6 Law Poh Kiong yang mengesahka­n penemuan mangsa kedua itu, memberitah­u bahawa mayat mangsa dibawa ke padang sekolah SK Long Aton untuk dibawa ke Marudi menggunaka­n helikopter Unit Udara Bomba.

Sementara mayat mangsa pertama, Franky Setiawan Jena, 14, ditemui jam 4.30 petang Isnin lalu di hulu sungai Long Aton, kira-kira 20 minit perjalanan dari lokasi kejadian.

Menurut Law, berikutan penemuan mayat kedua itu maka operasi SAR melibatkan 12 perahu panjang dengan 25 orang termasuk penduduk setempat, polis serta pasukan bomba dan penyelamat turut ditamatkan.

 ??  ?? TRAGIK: Mayat mangsa kedua ditemui pagi semalam.
TRAGIK: Mayat mangsa kedua ditemui pagi semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia