Utusan Borneo (Sarawak)

GENERASI MODEN KINI PERLU MEWARISI SENI SILAT

Perguruan Silat Gerak Betawi mahu lahir ramai remaja, belia warisi seni pertahanan diri sekali gus asah bakat baharu dalam arena persilatan

- Oleh Mohamad Norhadie Sahari

Kita sememangny­a berharap generasi gajet hari ini tidak hanya leka dengan aplikasi moden, tetapi mereka perlu tahu seni dan budaya Melayu seperti ilmu persilatan yang harus dipelajari dan didalami. Bidin Tahir Pengasas Perguruan Silat Gerak Betawi

MIRI: Perguruan Silat Gerak Betawi berhasrat melahirkan lebih ramai remaja dan belia untuk mewarisi seni mempertaha­nkan diri sekali gus mengasah bakat baharu dalam arena persilatan.

Pengasasny­a Bidin Tahir berkata, generasi moden masa kini perlu mewarisi seni silat yang dulunya menjadi amalan masyarakat Melayu dalam mempertaha­nkan diri, keluarga dan agama.

“Kita sememangny­a berharap generasi gajet hari ini tidak hanya leka dengan aplikasi moden, tetapi mereka perlu tahu seni dan budaya Melayu seperti ilmu persilatan yang harus dipelajari dan didalami,” katanya kepada Utusan Borneo di sini, kelmarin.

Bidin menambah, bukan hanya untuk mempertaha­nkan diri, malah silat juga telah dipertandi­ngkan di peringkat antarabang­sa dan dipelajari orang asing.

“Jika orang asing boleh mendalami dan mewarisi seni persilatan bangsa Melayu, mengapa orang kita yang hidup dalam budaya nusantara pula tidak berminat mengenali dan mempelajar­i silat,” ujarnya.

Malah katanya, perguruan itu juga telah melahirkan ramai jaguh silat yang pernah mewakili Sarawak dalam Sukan Malaysia (SUKMA) dengan keahlian lebih 1,000 ahli sejak ditubuhkan pada 1986.

Sehubungan itu kata Bidin, generasi muda masa kini perlu mendalami ilmu persilatan yang dahulunya menjadi senjata paling ampuh dalam mempertaha­nkan kedaulatan dan keselamata­n diri.

Baru-baru ini, perguruan itu telah mengadakan program pendaftara­n dan pengambila­n ahli silat dan jalinan ukhuwah bersama Pertubuhan Kebajikan Rumpun Islam Sejagat Miri (KERIS), Majlis Putera Merah Bersatu dan Pertubuhan Ahli Baiah Malaysia.

Bidin menambah, selain mendaftar dan mengasah bakat muda seawal usia 12 tahun, perguruan itu juga membuka ruang untuk menjalinka­n kerjasama dan ukhuwah bersama persatuan lain.

Mereka yang ingin mendaftar untuk belajar seni silat boleh menghubung­i Rudy Bidin di talian (0128813592), Alim (0112505050­1) atau Helmy (0168993745).

 ??  ??
 ??  ?? SERTAI KAMI: Bidin (barisan kedua) bersama ahli Perguruan Silat Gerak Betawi serta ahli KERIS, Majlis Putera dan Baiah Malaysia pada majlis ukhuwah baru-baru ini.
SERTAI KAMI: Bidin (barisan kedua) bersama ahli Perguruan Silat Gerak Betawi serta ahli KERIS, Majlis Putera dan Baiah Malaysia pada majlis ukhuwah baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia