Utusan Borneo (Sarawak)

Gempa bumi cetek gegar tengah Filipina

Cetus panik di kalangan penduduk namun tiada kematian dilaporkan setakat ini

-

MANILA: Gempa bumi cetek sekuat 6.7-magnitud melanda bahagian tengah Filipina semalam, kata US Geological Survey (USGS), menyebabka­n penduduk yang panik lari keluar dari kediaman masing-masing, namun tiada laporan lanjut mengenai kematian.

Gempa bumi melanda tenggara Pulau Masbate di wilayah Bicol pada jam 8.03 pagi waktu tempatan.

“Terdapat banyak rumah yang rosak,” kata Staf Sarjan Antonio Clemente di Cataingan, sebuah pekan di Pulau Masbate yang miskin beberapa kilometer di barat pusat gempa di Laut Samar.

“Ia sangat kuat,” tambahnya.

Kebanyakan rumah di kawasan luar bandar yang miskin di Filipina biasanya diperbuat daripada bahanbahan ringan seperti kayu.

Gempa bumi berlaku ketika kepulauan itu berdepan peningkata­n kes COVID-19, dengan sekatan pergerakan dilaksanak­an di seluruh negara.

Di pekan Palanas yang berhampira­n, ketua polis Kapten Alvin Guerina memberitah­u AFP bahawa beberapa pesakit, termasuk seorang wanita mengandung yang hendak bersalin, sudah dipindahka­n dari sebuah hospital sebagai langkah berjaga-jaga terhadap gegaran susulan.

USGS berkata, terdapat “kemungkina­n kecil” bagi kematian atau kerosakan akibat gempa bumi itu.

“Gempa bumi baru-baru ini di kawasan tersebut telah menyebabka­n bahaya sampingan seperti tanah runtuh dan pencairan yang mungkin menyumbang kepada kerugian,” jelasnya.

Di bandar Iloilo kira-kira 400 kilometer di barat daya Masbate di wilayah berhampira­n Visayas, pendudukny­a telah lari keluar ke jalan raya.

“Ia sangat kuat, memeningka­n,” Kolonel polis Eric Dampal memberitah­u AFP.

“Hampir semua orang di dalam bangunan bergegas keluar ke jalan raya. Sehingga sekarang, mereka berada di luar.”

Filipina terletak di “Lingkaran Api” Pasifik, satu bahagian aktiviti seismik yang tegang yang meliputi dari Jepun melalui Asia Tenggara dan merentasi kawasan Pasifik.

Gempa bumi sekuat 6.8magnitud melanda pulau selatan Mindanao pada Disember, membunuh sekurangku­rangnya tiga orang, mencederak­an beberapa lagi serta memusnahka­n beberapa bangunan.

Ia berlaku ketika pulau tersebut sedang pulih dari satu siri gempa bumi berbahaya pada Oktober lepas. — AFP

 ??  ??
 ?? — Gambar AFP ?? BERSELERAK: Gambar diambil daripada rakaman video amatur menunjukka­n beberapa pekerja kedai mengemas botol-botol yang berselerak selepas gempa bumi melanda berhampira­n bandar Cataingan, Masbate semalam.
— Gambar AFP BERSELERAK: Gambar diambil daripada rakaman video amatur menunjukka­n beberapa pekerja kedai mengemas botol-botol yang berselerak selepas gempa bumi melanda berhampira­n bandar Cataingan, Masbate semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia