Utusan Borneo (Sarawak)

GPS fokus perjuang, tuntut hak, autonomi

Selepas 55 tahun, GPS akhirnya bebas dengan sendirinya daripada berada dalam gabungan nasional

- Oleh Marlinda Mardzuki

KUCHING: Kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) terus fokus memperjuan­gkan dan menuntut hak serta autonomi negeri ini.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Dato Sri Dr Sim Kui Hian berkata, selepas 55 tahun GPS akhirnya bebas dengan sendirinya daripada berada dalam gabungan nasional, yang sangat penting bagi Sarawak untuk mencapai agenda Utamakan Sarawak (Sarawak First).

“Banyak (parti) lain yang akan muncul hanya pada waktu pilihan raya dengan janji, seperti (janji sebelum ini) mengenai royalti minyak 20 peratus, bantuan RM2,000 untuk rakyat Sarawak dan tiada Pinjaman Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN),” katanya menerusi catatan yang

dimuat naik laman Facebook rasminya kelmarin.

Oleh itu katanya, GPS akan terus fokus dalam mempertaha­nkan hak-hak Sarawak mengikut Perjanjian Malaysia

1963 (MA63).

“Kami akan terus membangunk­n Sarawak. Antaranya melalui infrastruk­tur seperti jalan raya, Transit Aliran Autonomi (ART), bekalan air dan elektrik,” katanya.

Dalam pada itu beliau berkata, Belanjawan Sarawak telah mencapai RM10 bilion untuk kali pertama pada tahun lalu dan dalam masa beberapa tahun akan datang ia akan terus berkembang dengan ketara.

“Bayangkan selepas 2025, tidak perlu berbelanja secara besar-besaran untuk infrastruk­tur... benar-benar yang terbaik dari Sarawak yang akan datang,” katanya.

Beliau menambah antara agenda Utamakan Sarawak yang lain adalah untuk berkongsi kekayaan dan kemakmuran Sarawak dengan rakyatnya.

“Bagi keselamata­n Sarawak, kami akan terus menubuhkan pasukan pengawal pantai dan perbatasan dan banyak lagi,” katanya.

Katanya, justeru rakyat Sarawak harus terus bersatu dan tidak membiarkan orang luar memecahbel­ahkan kesatuan ini.

“Tidak ada yang dapat menghalang Sarawak untuk kemakmuran dan kehebatann­ya dalam tempoh 10 tahun akan datang kecuali penduduk Sarawak tidak bersatu.

“Lihatlah Semenanjun­g Malaysia ketika mereka ‘pecah’ (tidak bersatu), mereka memerlukan Sarawak. Sekiranya Sarawak ‘pecah’, kita akan berada dalam keadaan yang sama, kita memerlukan Semenanjun­g Malaysia,” katanya.

Banyak (parti) lain yang akan muncul hanya pada waktu pilihan raya dengan janji, seperti (janji sebelum ini) mengenai royalti minyak 20 peratus, bantuan RM2,000 untuk rakyat Sarawak dan tiada Pinjaman Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN). Dato Sri Dr Sim Kui Hian Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan

 ??  ??
 ??  ?? DR SIM
DR SIM

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia