Utusan Borneo (Sarawak)

Penganggur ditangkap bersama syabu

Dadah ditemui di atas meja dekat suspek dalam operasi di Kampung Bakol, Limbang

- Oleh Mastura Ismail

LIMBANG: Seorang penganggur dicekup bersama syabu dalam satu operasi di Kampung Bakol dekat sini, tengah hari kelmarin.

Suspek, 32, dari Kampung Bakol ditahan dalam operasi jam 12 tengah hari yang dijalankan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Limbang.

Ketua Polis Daerah Limbang Superinten­den Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata, dadah seberat 13.0 gram bernilai RM1,300 itu diletakkan di atas meja berhampira­n sofa tidak jauh daripada tempat suspek duduk.

“Selain syabu, kita turut merampas satu penimbang digital, satu peket plastik berisi peket-peket plastik kecil dan dua telefon bimbit yang diletakkan bersama syabu berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.

Abang Zainal berkata, suspek yang positif dadah jenis syabu dan tidak mempunyai rekod kesalahan lampau

Selain syabu, kita turut merampas satu penimbang digital, satu peket plastik berisi peket-peket plastik kecil dan dua telefon bimbit yang diletakkan bersama syabu berkenaan. Superinten­den Abang Zainal Abidin Abang Ahmad Ketua Polis Daerah Limbang

itu akan disiasat mengikut Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 15(1)(a) akta yang sama.

Beliau menjelaska­n lagi, penahanan suspek adalah hasil risikan dan tangkapan dua lelaki berusia 19 dan 38 tahun dari Kampung Bakol dan seorang wanita berusia 20 tahun dari Rumah Senggat yang dibawa ke BSJN IPD Limbang tengah hari kelmarin.

Ketiga-tiga individu terbabit termasuk wanita berkenaan yang mempunyai rekod kesalahan lampau berkaitan dadah juga didpati positif dadah dan akan disiasat di bawah Seksyen 15(1)(a) ADB 1952.

Sementara itu di Lawas, dua lelaki dicekup selepas dipercayai terlibat dalam aktiviti penyalahgu­naan dadah dalam operasi di dua lokasi berasingan, petang Sabtu lepas

Suspek berusia 54 tahun dari Kampung Bukit Puan, Ulu Merapok ditahan jam

4.20 petang manakala seorang lagi suspek, 23, dari Kampung Batu Dua ditahan ketika menunggang motosikal berhampira­n Kampung Belipat pada jam 4.50 petang.

Ketua Polis Daerah Lawas DSP Roslan Leman berkata, dalam serbuan itu polis juga menjumpai syabu seberat 0.90 gram bernilai RM90 semasa menjalanka­n pemeriksaa­n ke atas tubuh badan suspek pertama.

“Hasil pemeriksaa­n tubuh badan ke atas suspek berusia 54 tahun itu kita menjumpai beberapa peket plastik lutsinar berisi ketulan kristal disyaki dadah jenis syabu (Methapheta­mine) di dalam satu bekas plastik berwarna hijau tidak berjenama yang dijumpai di dalam poket hadapan sebelah kiri seluar berwarna hijau yang dipakai suspek,” katanya dalam satu kenyataan, kelmarin.

Suspek yang mempunyai rekod kesalahan lampau berkaitan dadah juga didapati positif dadah dan akan disiasat mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan Seksyen 15(1)(a) ADB 1952 atas kesalahan menggunaka­n dadah berbahaya tanpa kebenaran pihak berkuasa.

Manakala suspek kedua yang tidak mempunyai rekod kesalahan lampau akan disiasat di bawah Seksyen 15(1)(a) ADB 1952.

 ??  ?? BUKTI: Syabu dan peralatan dadah yang dirampas dalam serbuan di Kampung Bakol, kelmarin.
BUKTI: Syabu dan peralatan dadah yang dirampas dalam serbuan di Kampung Bakol, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia