Utusan Borneo (Sarawak)

Tiada pas pelabuhan, bot tunda ditahan bersama tongkang dan kru

-

TANJUNG MANIS: Sebuah bot tunda membawa tongkang sarat dengan muatan batu kerikil telah ditahan Agensi Penguatkua­saan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Tanjung Manis, petang kelmarin.

Pengarah Zon Maritim Tanjung Manis Komander Maritim Mohd Ariz Md Kassim berkata, bot tunda tersebut telah ditahan di perairan Belawai lebih kurang jam 2.30 petang.

“Ketika pasukan Maritim Malaysia melakukan Ops Permai di jarak lebih kurang 3.1 batu nautika barat daya Tanjung Jerijih, mereka telah terserempa­k dengan bot tunda terbabit yang kelihatan mencurigak­an.

“Berikutan itu, pasukan Maritim Malaysia telah bertindak menahan dan melakukan pemeriksaa­n ke atas bot tunda tersebut.

“Hasil pemeriksaa­n mendapati bot tunda berkenaan gagal mengemukak­an dokumen Pas Pelepasan Pelabuhan semasa pelayaran,” katanya dalam kenyataan kepada media, semalam.

Berikutan itu kata Mohd, kesemua kru bot tunda terbabit yang berusia 20 hingga 65 tahun ditahan untuk tindakan selanjutny­a.

“Dua daripada kru bot tunda tersebut adalah warga tempatan manakala empat yang lain adalah warganegar­a India yang mempunyai dokumen pengenalan diri yang sah.

“Para masa yang sama juga, bot tunda dan tongkang tersebut diiringi ke Jeti HSL, Tanjung Manis untuk diserahkan kepada Pegawai Penyiasat, Zon Maritim Tanjung Manis untuk tindakan selanjutny­a.

“Kes akan disiasat di bawah Akta Kastam 1967 kerana gagal mengemukak­an dokumen Pas Pelepasan Pelabuhan semasa pelayaran.

“Pihak Maritim Malaysia akan terus mempergiat­kan usaha pemantauan serta rondaan bagi memastikan sebarang aktiviti yang melanggar atau menyalahi undang-undang di laut dapat dibendung serta dibenteras dengan sewajarnya.

“Kerjasama daripada masyarakat terutamany­a komuniti maritim dalam memberikan maklumat amat dialu-alukan bagi membantu Maritim Malaysia dalam membantera­s jenayah di laut,” tegas Mohd lagi.

Jika terdapat sebarang aduan, maklum balas serta kecemasan di laut, orang awam bolehlah menghubung­i Pusat Operasi Zon Maritim Tanjung Manis di talian 084-613292 atau Pusat Operasi Maritim Malaysia Negeri Sarawak di talian 082-432544.

 ??  ?? DITAHAN: Sebuah bot tunda membawa tongkang sarat dengan muatan batu kerikil gagal mengemukak­an dokumen Pas Pelepasan Pelabuhan.
DITAHAN: Sebuah bot tunda membawa tongkang sarat dengan muatan batu kerikil gagal mengemukak­an dokumen Pas Pelepasan Pelabuhan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia