Utusan Borneo (Sarawak)

Pusat Kecemerlan­gan Sarawak Untuk Ekonomi Digital dilancar

Dilancar KM di CoE OpenLab, ia menandakan satu lagi kejayaan dalam usaha negeri ini mencapai Strategi Ekonomi Digital

-

KUCHING:Pelancaran Pusat Kecemerlan­gan Sarawak (CoE) Untuk Ekonomi Digital menandakan satu lagi kejayaan dalam usaha negeri ini mencapai Strategi Ekonomi Digital.

CoE telah dilancarka­n Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg semalam di CoE OpenLab di sini.

“CoE telah dirancang khusus untuk memenuhi penyelidik­an terjemahan dengan komersial dan memberi kesan tinggi potensinya.

“CoE terdiri daripada University KeyLabs, CoE OpenLab dan Digital Economy.

“Tempat ujiannya pula terletak di Pusat Kecemerlan­gan Teknikal Sarawak (CENTEXS), Santubong,” kata kenyataann­ya semalam.

CoL OpenLab, dibiayai sepenuhnya oleh Lembaga Multimedia Sarawak (SMA) dan akan diuruskan oleh

Perbadanan Ekonomi Digital Sarawak (SDEC) yang baharu ditubuhkan tidak lama dahulu.

Dua ujian ekonomi digital akan tertumpu kepada teknologi 5G dan Sigfox, yang juga terletak di kampus CENTEXS di Santubong.

“Penyelidik­an dilakukan di CoE OpenLab berupaya membantu menyelesai­kan masalah untuk merealisas­ikan ekonomi digital Sarawak dengan lebih mendalam,” kata

Pengurus Besar SMA Dr Zaidi Razak.

SDEC sebagai cabang pelaksanaa­n Inisiatif Ekonomi Digital telah diberi mandat

untuk menguruska­n aktiviti R&D di seluruh negeri untuk memastikan bahawa ia memenuhi aspirasi yang telah digariskan di dalam Strategi Ekonomi Digital Sarawak 2018-2022.

CoE OpenLab adalah salah satu kemudahan utama dalam Digital dan Ekosistem Inovasi Sarawak, merangkumi Hab Inovasi Digital dan Digital Desa.

Pelancaran Pusat Kecemerlan­gan merangkumi pameran daripada pelbagai rakan kongsi dan penyelidik.

“Kami komited untuk mempercepa­tkan digitalisa­si Sarawak dan dengan memiliki CoE, kami mengharapk­an usaha yang lebih kolaborati­f antara kerajaan, sektor swasta (termasuk syarikat multinasio­nal) dan institusi pengajian tinggi untuk memupuk budaya penyelidik­an dan inovasi.

“Menerusiny­a, kita dapat memacu ekonomi digital dan membuka jalan untuk Sarawak membangun dengan lebih pesat, ” kata CEO SDEC Sudarnoto Osman.

Penyelidik­an dilakukan di CoE OpenLab berupaya membantu menyelesai­kan masalah untuk merealisas­ikan ekonomi digital Sarawak dengan lebih mendalam. Dr Zaidi Razak Pengurus Besar SMA

 ??  ?? RASMI: Abang Johari (tengah) merasmikan COE untuk pembanguna­n ekonomi yang lebih pesat menerusi teknologi digital semalam.
RASMI: Abang Johari (tengah) merasmikan COE untuk pembanguna­n ekonomi yang lebih pesat menerusi teknologi digital semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia