Utusan Borneo (Sarawak)

93 projek baik pulih sekolah daif di Sarawak diluluskan

-

KUALA LUMPUR: Kerajaan telah meluluskan sejumlah 93 projek baik pulih bangunan daif di sekolahsek­olah negeri Sarawak bagi fasa satu dan fasa dua setakat 17 Ogos, dengan kos berjumlah RM700 juta, kata Timbalan Menteri Pendidikan I Datuk Dr Mah Hang Soon.

Beliau berkata pelaksanaa­n projek baik pulih itu dibiayai melalui peruntukan RM1 bilion, iaitu kontrak bayaran balik pinjaman mengikut mekanisme khusus yang telah dipersetuj­ui secara bersama oleh Kementeria­n Pendidikan (KPM) dan Kerajaan Sarawak.

Beliau berkata sehingga Julai lalu sejumlah RM700 juta pinjaman telah dibayar balik oleh Kerajaan Sarawak.

“Secara keseluruha­nnya, projek baik pulih bangunan daif di sekolah dengan dana RM1 bilion ini dilaksana melalui tiga fasa; fasa satu melibatkan 41 sekolah dengan kos projek berjumlah RM350 juta manakala fasa dua melibatkan 52 sekolah dengan kos projek berjumlah RM350 juta.

“Fasa tiga sedang dimuktamad­kan senarai dan skop projek oleh KPM bersama Kerajaan Sarawak melibatkan kos projek sebanyak RM300 juta,” katanya pada sesi soal jawab persidanga­n Dewan Rakyat semalam.

Beliau menjawab soalan Datuk Robert Lawson Chuat (GPS-Betong) yang ingin tahu status pelaksanaa­n projek pemulihan, menaik taraf atau bina semula sekolah daif di Sarawak setelah negeri itu membayar sejumlah RM700 juta sebagai pembayaran pinjaman kontrak RM1 bilion kepada kerajaan persekutua­n.

Dr Mah yang memperinci­kan status pelaksanaa­n projek fasa satu, berkata sebanyak 21 projek berada di fasa pembinaan dan 20 projek lagi berada di fasa prabina.

Katanya, projek fasa prabina meliputi empat projek dalam proses penilaian tender, lima projek dalam proses pengeluara­n Surat Setuju Terima, lima projek dalam proses memuktamad­kan lantikan kontraktor dan enam projek dijangka ditender pada hujung September ini.

Bagi status pelaksanaa­n projek fasa dua pula, katanya semua projek berada dalam fasa prabina iaitu pihak Jabatan Kerja Raya Sarawak sedang melaksanak­an kerja ukur dan penyediaan dokumen tender dan projek itu dijangka ditender secara berperingk­at mulai 22 Ogos.

Jelasnya, pelaksanaa­n projek baik pulih bangunan daif itu merangkumi pelbagai skop seperti pembinaan bilik darjah, blok pentadbira­n, asrama, rumah guru, kuarters, dewan makan, pusat sumber, bilik sains, tandas dan kemudahan lain.

Menjawab soalan tambahan Lawson mengenai jumlah sekolah di kawasan Parlimen Betong yang telah diluluskan untuk baik pulih di bawah peruntukan itu, Dr Mah berkata sebanyak sembilan sekolah telah diluluskan, antaranya Sekolah Kebangsaan (SK) Mangut; SK Spaoh; SK Bungin; SK Medang; SK Suri; dan Sekolah Menengah Kebangsaan Spaoh. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia