Utusan Borneo (Sarawak)

Maxis melancarka­n jenama baharu teknologi terbaik bantu rakyat, golongan perniagaan

-

KUCHING: Dalam masa dunia yang berubah didorong oleh kemajuan teknologi, Maxis semalam telah melancarka­n jenama baharu teknologi terbaik bagi membantu rakyat serta golongan perniagaan dalam negara.

Menurut kenyataann­ya semalam, ia dilancarka­n sempena ulang tahun ke-25 Maxis dan sambutan Hari Merdeka tidak lama lagi agar terus sama melangkah ke masa depan dalam era digital yang berkembang pesat kini.

“Maxis akan melancarka­n satu siri program digitalisa­si untuk individu dan perniagaan sepanjang tahun, sementara pelanggan juga dapat menantikan tawaran istimewa sempena perayaan ulang tahun berkenaan.

“Semangat ‘Terus Menerajui’ merangkumi perubahan, pertumbuha­n, penemuan dan penyelesai­an baharu melalui teknologi.

“Dengan itu, muncul identiti korporat baharu dan nilai-nilai yang didukung oleh Maxis dan warga kerjanya yang mendorong kami ke arah visi menjadi syarikat penyelesai­an terpadu yang terkemuka di negara ini,” kata kenyataan itu.

Sementarai­tu,KetuaPegaw­ai Eksekutif Maxis Gokhan Ogut berkata sempena Hari Merdeka yang akan datang, tepat pada masanya untuk meraikan negara yang selalu maju.

Maxis telah mempamerka­n kisah-kisah inspirasi daripada individu dan perusahaan sosial yang bukan sahaja menunjukka­n kemungkina­n teknologi dan Internet dalam kehidupan.

“Tetapi pentingnya bagaimana mereka memperkaya komuniti di sekitar mereka,” ujarnya.

Sebuah filem pendek untuk menggambar­kan ia ditayangka­n secara eksklusif kepada media semalam.

Pada masa yang sama, untuk meraikan 25 tahun teknologi perintis telekomuni­kasi di Malaysia, Maxis juga melancarka­n video yang memaparkan kejayaan yang mencetuska­n banyak nostalgia.

Ini adalah masa yang kritikal untuk memanfaatk­an kekuatan teknologi pada era norma baharu, jelas beliau.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia