Utusan Borneo (Sarawak)

Lagi anggota PBB Piasau menyertai PSB Lambir

-

MIRI: Bekas Setiausaha Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Piasau Kharul Farillah Mohd Ali mengumumka­n keluar daripada parti terbabit dan menyertai Parti Sarawak Bersatu (PSB) Lambir semalam.

Jelasnya, beliau mengambil keputusan itu kerana yakin terhadap visi dan misi PSB dalam membawa perubahan kepada rakyat serta meningkatk­an taraf hidup golongan miskin.

Dakwanya, rakyat di kawasan bandar dan luar bandar khususnya Bumiputera di kawasan Lambir, Miri dan Sibuti masih ketinggala­n berbanding kaum lain sejak 40 hingga 50 tahun lalu.

“Tidak banyak perubahan untuk masyarakat Bumiputera terutama dari segi perkembang­an kemajuan, jauh ketinggala­n daripada masyarakat bukan Bumiputera,” dakwanya selepas menyerahka­n borang keahlianny­a kepada PSB Lambir.

Borang keahlian terbabit telah diserahkan kepada Pengerusi Protem PSB Lambir Abu Bakar Amit.

Hadir sama ialah Timbalan Pengerusi Protem PSB Lambir Ishak Ahmad, Naib Pengerusi Pengerusi Protem PSB Lambir Lila Mohamad serta Setiausaha PSB Senadin merangkap Ketua Wanita PSB Senadin Suzanne Lee.

Dakwa Kharul lagi, kepimpinan PBB telah berubah dari semasa ke semasa dan perjuangan parti itu tidak lagi sesuai untuk kepentinga­n rakyat khususnya untuk rakyat Bumiputera yang berpendapa­tan rendah.

Selain Kharul, bekas Ahli Jawatankua­sa Ranting PBB Piasau Jaya Rokiah Ayub dan Hasnita Mohamad turut memberi alasan yang sama dan mendakwa hilang kepercayaa­n terhadap parti tertinggi PBB.

Sementara itu, Abu Bakar mendakwa ramai ahli parti komponen Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan bekas ahli Pakatan Harapan (PH) telah menyertai PSB Lambir.

Katanya, sehingga semalam seramai 350 ahli masing-masing dari Miri, Lambir dan Bekenu telah menyertai PSB Lambir selepas keluar daripada parti sebelumnya.

“Kita yakin dalam beberapa minggu ini, lebih ramai yang akan menyertai PSB kelak,” ujarnya.

Jelas beliau lagi, beliau bersama Ishak dan Lila telah bersiap sedia bagi pengambila­n ahli baharu dan turut bersedia menghadapi pilihan raya yang akan datang.

Tambahnya, masih banyak pembanguna­n yang perlu diberi perhatian terutama dari segi kemudahan asas seperti bekalan elektrik dan air di kawasan Lambir.

Julai lalu, Abu Bakar, Lila dan Ishak bertindak keluar PBB dan menyertai PSB.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia