Utusan Borneo (Sarawak)

Eksport obor-obor Matu bukti barangan tempatan berpotensi menembusi pasaran antarabang­sa

- Oleh Mohamad Achil Norrlatep

MUKAH: Eksport oborobor Matu ke pasaran China dan Jepun adalah bukti barangan tempatan berpotensi menembusi pasaran antarabang­sa.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, kerajaan negeri akan sedaya upaya memberi bantuan terutama dari segi dana agar pelbagai produk lain di kawasan Matu juga dapat dikomersia­lkan.

“Kita akan berusaha dan mencari jalan agar produk di kawasan ini dapat dikomersia­lkan di peringkat global,” katanya ketika Majlis Perasmian Community Extention Outreach Program (CEOP) di Dewan Suarah Matu, kelmarin.

Kawasan Matu katanya, mempunyai banyak produk yang mempunyai potensi besar dan bernilai komersial.

Antaranya adalah oborobor, udang kering atau sesar unjur, ikan masin serta beberapa lagi produk.

Matu juga katanya, telah terpilih menjadi salah satu kawasan ‘Food Basket Program’.

Kita akan berusaha dan mencari jalan agar produk di kawasan ini dapat dikomersia­lkan di peringkat global.

Datuk Amar Douglas Uggah Embas

Timbalan Ketua Menteri

Semua aktiviti melibatkan ekonomi ini bakal menggandak­an pendapatan penduduk tempatan kelak, tambahnya.

Uggah sebelum itu turut melawat beberapa kawasan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Jemoreng berkaitan produk obor-obor, sesar unjur, ikan masin dan beberapa lagi produk lain.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jemoreng Datuk Dr Juanda Jaya amat berharap agar kawasan Matu mempunyai kemudahan lengkap terutama berkaitan hal pertanian.

Ini bagi membantu menjayakan bidang pertanian Sarawak dan pada masa sama menjadi salah satu kawasan ‘Food Basket’ di negeri ini.

Turuthadir­Setiausaha­Tetap

Kementeria­n Pemodenan Pertanian, Tanah Adat dan Pembanguna­n Wilayah Sarawak

Edwin Abit dan Pengarah Jabatan Pertanian Sarawak Dr Alvin Chai Lian Kuet.

 ??  ?? TERBAIK: Uggah (tengah) ketika menyaksika­n simbolik penyerahan replika cek untuk Program Fasiliti Pertanian Jemoreng bernilai RM444,000.
TERBAIK: Uggah (tengah) ketika menyaksika­n simbolik penyerahan replika cek untuk Program Fasiliti Pertanian Jemoreng bernilai RM444,000.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia