Utusan Borneo (Sarawak)

CCPC permudah petani pasarkan produk secara besar-besaran

-

LIMBANG: Golongan petani di negeri ini tidak dapat mengembang­kan projek pertanian dalam skala besar kerana berdepan kekangan daripada aspek pemasaran produk pertanian yang dikeluarka­n.

Oleh itu kata Menteri Muda Pemodenan Pertanian, Tanah Adat dan Pembanguna­n Wilayah Datuk Dr Abdul Rahman Ismail, kerajaan negeri memberi fokus kepada pemasaran hasil tanaman petani dengan membina Pusat Pengumpula­n, Pemprosesa­n dan Pembungkus­an (CCPC) di Sarawak.

Beliau mendedahka­n, antara kekangan utama yang dihadapi petani di

Sarawak adalah pemasaran yang menyebabka­n mereka sukar mengembang­kan projek pertanian dalam skala besar.

“Untuk itu, kita mengambil pendekatan dengan melibatkan sektor swasta, yang penting dari segi pemasaran.

“Konsep ini akan kita gunakan di mana kita membina CCPC dan pada masa yang sama kita menjemput syarikat yang mempunyai pasaran di luar negara, agar dapat kita mengekspor­t hasil tanaman ke luar negara,” katanya selepas mengadakan lawatan ke tapak projek CCPC Kubong Limbang kelmarin.

Turut hadir Residen Bahagian Limbang Ahmad Denney Ahmad Fauzi,

Pegawai Pertanian Bahagian Limbang Jafaruddin Ali dan Jurutera Awam dari Pejabat

Wilayah Utara Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak Mohamad Romzie Mohammad Ali Adaha.

ADUN Bukit Kota itu berkata, CPPC satu bukt kesungguha­n Kerajaan Sarawak memperkasa­kan sektor pertanian, sekali gus menjadikan negeri ini sebagai pengekspor­t dan hab pengeluar utama produk pertanian menjelang 2030.

“CCPC pertama yang ada di Sarawak terletak di Tarat, khusus untuk durian dan buah-buahan lain dan telah beroperasi manakala CCPC kedua dan ketiga adalah di Lawas, Limbang, Betong dan beberapa tempat lain pula,” katanya.

Beliau berkata, pembinaan CCPC Limbang berdepan kelewatan disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), justeru projek dijadualka­n siap pada 24 Mei 2021.

Manakala katanya, CCPC di Lawas kini sedang dalam pembinaan dan dijangka siap lebih awal selewat-lewatnya September ini.

“Bagi CCPC Limbang, kita akan tumpukan kepada beberapa jenis tanaman seperti durian, nangka madu, nanas dan kelapa serta tanaman lain.

“Empat tanaman tersebut kita akan promosi bagi gaerah Limbang ini,” katanya.

 ??  ?? TINGKAT PEMASARAN:(Dari dua kanan) Dr Abdul Rahman dan Denney ketika melawat CPPC Kubong kelmarin.
TINGKAT PEMASARAN:(Dari dua kanan) Dr Abdul Rahman dan Denney ketika melawat CPPC Kubong kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia