Utusan Borneo (Sarawak)

RM1 juta untuk atasi isu kesesakan di Jalan Lopeng Tengah

-

MIRI: Masalah kesesakan di Jalan Lopeng Tengah dijangka selesai dalam tempoh tiga bulan dengan projek pelebaran jalan dan pemasangan lampu isyarat dengan kos pembinaan RM1 juta.

Menteri Pengangkut­an Sarawak Datuk Lee Kim Shin berkata, permohonan yang dibuat penduduk kampung sejak dua tahun lalu akhirnya mendapat perhatian kerajaan negeri.

“Kerajaan negeri memperuntu­kkan RM1 juta kepada Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak untuk menaik taraf jalan atau simpang tiga Kampung Lopeng membabitka­n pelebaran jalan dan pemasangan lampu isyarat,” katanya semasa mengadakan lawatan kerja di tapak projek itu di sini, semalam.

Tambahnya, projek pelebaran jalan bermula semalam dan memakan masa dua bulan.

Justeru sebaik sahaja selesai, barulah pemasangan lampu isyarat dilaksanak­an.

“Projek ini dijangka selesai dalam tempoh tiga bulan bermula semalam dengan pelebaran jalan dan sebaik siap barulah lampu isyarat dipasang di simpang tiga.

“Projek pelebaran jalan ini tidak akan mengganggu lalu lintas sedia ada dan pengguna boleh menggunaka­n Jalan Lopeng Tengah ini seperti biasa,” katanya.

Lee yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Senadin memberitah­u, simpang tiga berkenaan sememangny­a kawasan kerap kemalangan dan perlu dinaik taraf demi keselamata­n pengguna jalan raya.

Selain jalan alternatif ke Hospital Miri, Jalan Lopeng Tengah turut menghubung­kan Kampung Lopeng Tengah, Kampung Lembah Hijau, sekolah, tanah perkuburan atau ke pusat bandar.

Ketua Kaum Kampung Lopeng Tengah Nilawati Simat berterima kasih kepada kerajaan negeri yang mendengar keluhan penduduk mengenai naik taraf jalan berkenaan.

“Saya mewakili penduduk Kampung Lopeng Tengah berterima kasih dan bersyukur kerana kerajaan negeri telah bersetuju melaksanak­an projek menaik taraf jalan berkenaan,” ujarnya.

Hadir sama ialah Jurutera Bahagian JKR Miri Chong Chi Fam, kaunselor daripada Majlis Bandaraya Miri (MBM) dan penduduk Kampung Lopeng Tengah.

 ??  ?? KURANG KESESAKAN: Lee (empat kanan) bersama Chong (tiga kanan) menunjukka­n pelan pelebaran jalan dan pemasangan lampu isyarat di Kampung Lopeng Tengah, semalam.
KURANG KESESAKAN: Lee (empat kanan) bersama Chong (tiga kanan) menunjukka­n pelan pelebaran jalan dan pemasangan lampu isyarat di Kampung Lopeng Tengah, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia