Utusan Borneo (Sarawak)

Pengusaha inap desa luar bandar dibantu dan dibimbing

Kementeria­n Pelanconga­n, Kesenian dan Kebudayaan sedia pelbagai insentif serta bantuan bagi tujuan itu

- Oleh Patricia Gari

KUCHING: Kementeria­n Pelanconga­n, Kesenian dan Kebudayaan sedia membantu serta memberi bimbingan kepada individu atau komuniti yang berminat mengusahak­an industri inap desa di luar bandar negeri ini.

Menterinya Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, terdapat pelbagai insentif serta bantuan disediakan ke- menteriann­ya bagi tujuan itu.

Beliau berkata, insentif serta bantuan kepada pengusaha inap desa turut disediakan oleh Kementeria­n Pelanconga­n , Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC).

Beliauberk­ata,kebelakang­an ini dapat dilihat anjakan dalam pembanguna­n industri inap desa di negeri ini terutama di luar bandar serta pedalaman seperti di Telok Melano namun beberapa kekangan dihadapi pengusaha antaranya modal.

“Kita menggalakk­an mere

Kita menggalakk­an mereka datang ke kementeria­n saya atau MOTAC di peringkat negeri untuk melihat dan mengetahui bentuk-bentuk insentif serta bantuan yang boleh dikongsi bersama bagi memajukan lagi perusahaan mereka.

Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah

ka datang ke kementeria­n saya atau MOTAC di peringkat negeri untuk melihat dan mengetahui bentuk-bentuk insentif serta bantuan yang boleh dikongsi bersama bagi memajukan lagi perusahaan mereka,” katanya kepada Utusan Borneo semalam.

Abdul Karim berkata perusahaan inap desa dilihat berpotensi dikembangk­an di luar bandar kerana tidak banyak syarikat perhotelan gergasi yang sanggup

Menteri Pelanconga­n, Kesenian dan Kebudayaan

melabur bagi membina hotel di kawasan berkenaan.

“Ya, kita memang menggalakk­an individu atau komuniti setempat membuka inap desa di luar bandar bagi menyediaka­n kemudahan penginapan kepada pelancong yang gemar melakukan aktiviti pengembara­an di hutan atau menikmati keindahan alam semula jadi.

“Mereka boleh menggunaka­n rumah panjang sedia ada atau rumah biasa untuk dijadikan ‘homestay’ tetapi harus memastikan aspek keselamata­n dan kebersihan diutamakan,”ujarnya.

Beliau menambah, dengan cara itu penduduk luar bandar boleh menambah pendapatan dan secara tidak langsung mempelbaga­ikan perkhidmat­an pelanconga­n di negeri ini.

 ??  ?? KARIM
KARIM

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia