Utusan Borneo (Sarawak)

Lari dari tahanan polis, lelaki dipenjara 20 bulan

-

MIRI: Seorang lelaki yang dihadapkan ke Mahkamah Majistret pagi semalam atas tuduhan lari dari tahanan polis semasa dibawa ke mahkamah dijatuhi hukuman penjara 20 bulan.

Hukuman itu dijatuhkan Majistret Leona Dominic Mojiliu setelah meneliti pelbagai faktor termasuk pengakuan salah dan rayuan tertuduh, keterangan fakta kes, berat kesalahan yang dilakukann­ya serta mengambil kira kepentinga­n awam.

Boniface Lagil, 25, dari Bandar Baharu Permyjaya di sini, telah didakwa mengikut Seksyen 224 Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, mahkamah diberitahu bahawa tertuduh sebagai tahanan sah mengikut undang-undang di bawah Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952, didapati telah melarikan diri dari tahanan polis.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu pada jam 8.20 pagi, 12 Ogos lalu di Mahkamah Miri.

Sementara itu, mahkamah turut menjatuhka­n hukuman penjara tujuh bulan ke atas tertuduh setelah mengaku bersalah atas tuduhan mengikut Seksyen 15 (1) (a) ADB 1952 atas kesalahan menggunaka­n dadah berbahaya tanpa kebenaran pihak berkuasa.

Mahkamah memerintah­kan kedua-dua hukuman yang dikenakan ke atas tertuduh berjalan secara berasingan.

Di hadapan mahkamah, tertuduh merayu hukuman ringan dan memberitah­u tujuan dia melarikan diri adalah untuk bertemu ahli keluarga.

Katanya, dia amat terkejut apabila mendapati ibu bapanya telah menghubung­i polis untuk menangkapn­ya.

Justeru, dia amat menyesal atas kesalahan yang telah dilakukann­ya itu.

Pendakwaan dilakukan Inspektor Mohd Khairi Mohd Noor manakala tertuduh tidak diwakili peguam bela.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia