Utusan Borneo (Sarawak)

Gagal patuhi perintah kuarantin, dua dipenjara sehari dan didenda RM5,000

-

MIRI: Dua ahli perniagaan masing-masing dijatuhi hukuman penjara sehari dan denda RM5,000 atau dua minggu penjara oleh Mahkamah Majistret kerana gagal mematuhi perintah kuarantin yang dikenakan pihak berkuasa.

Hukuman itu dijatuhkan Majistret Leona Dominic Mojiliu setelah meneliti beberapa aspek termasuk pengakuan salah dan rayuan tertuduh, keterangan fakta kes, berat kesalahan yang dilakukan mereka serta mengambil kira kepentinga­n awam.

Liew Kit Seong, 40, dan Koh Peck Guan, 48, masingmasi­ng dari Nilai dan Port Dickson, Negeri Sembilan telah didakwa mengikut Seksyen 22 (b) Akta Pencegahan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 dan dihukum di bawah Seksyen 24 (a) akta yang sama.

Mengikut kesalahan ini, kedua-dua tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara tidak melebihi dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Menurut keterangan kes, Liew dan Koh didapati telah gagal mematuhi perintah sah yang dikeluarka­n pegawai yang diberi kuasa untuk menjalani perintahku­arantinsel­amatujuh hari memandangk­an mereka telah menaiki penerbanga­n dari Semenanjun­g Malaysia semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan masih berkuat kuasa.

Mereka didakwa melakukan kesalahan itu pada jam 4.15 petang, 9 Ogos lalu di Balai Ketibaan Lapangan Terbang Miri.

Pertuduhan telah dibacakan secara berasingan oleh jurubahasa ke atas kedua-dua tertuduh.

Di hadapan mahkamah, kedua-dua tertuduh yang tidak diwakili peguam bela merayu hukuman ringan memandangk­an ini adalah kesalahan pertama mereka serta memberitah­u tujuan datang ke sini adalah atas urusan perniagaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia