Utusan Borneo (Sarawak)

Bersama jaga keselamata­n, kesejahter­aan komuniti: Fatimah

-

MUKAH: Masyarakat perlu memikul tanggungja­wab bersama demi menjaga keselamata­n serta kesejahter­aan dalam komuniti.

Menteri Kebajikan, Kesejahter­aan Komuniti, Keluarga dan Pembanguna­n Kanak-Kanak Dato Sri Fatimah Abdullah berkata, sikap ambil peduli antara satu sama lain amat penting supaya keseimbang­an tetap berlaku.

“Semua perkara melibatkan bencana, kecemasan dan sebagainya memerlukan kerjasama antara masyarakat,” katanya ketika berucap pada Majlis Perasmian Program Kepolisan Komuniti Peringkat

Bahagian Mukah, barubaru ini.

Kesegeraan untuk bertindak balas dengan pantas melalui agenai berkaitan juga salah satu keperluan.

Keberkesan­an itu katanya, dapat dilihat melalui beberapa contoh seperti peningkata­n pemberian maklumat oleh masyarakat terhadap penyalahgu­naan dadah.

Maklumat yang diberikan terutama kepada pihak polis dapat membendung bekalan dadah daripada terus menembusi masyarakat, sedikit sebanyak ia adalah cara paling berkesan.

Fatimah pada masa sama turut mahu masyarakat melapor kepada pihak berwajib tentang keganasan rumah tangga yang berlaku di sekeliling mereka.

Ini kerana katanya, keganasan rumah tangga turut memberi banyak kesan negatif terutama kepada anak-anak, mangsa dan si pelaku.

Ia harus dihentikan dan pada masa sama bantuan perlu dihulur kepada semua pihak terlibat.

Sementara itu, Residem Mukah Hamdiah Bakir berkata bengkel akan diadakan dalam beberapa siri untuk bahagian Mukah.

Bahagian Mukah secara keseluruha­nnya mempunyai 339 Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung dan seramai 4,220 ahli jawatankua­sa akan dipanggil untuk menghadiri Bengkel Kepolisan Komuniti.

Turut hadir Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tellian Yussibnosh Balo,

Pegawai Daerah Dalat Kueh Lei Poh, Pegawai Daerah Mukah Shafrie Saili, Pegawai

Daerah Matu Wan Hipni Wan Mohamad dan Wali Kota Majlis Daerah Dalat Mukah.

 ??  ?? TERIMALAH: Fatimah (depan, dua kanan) menyerahka­n sijil kepada salah seorang peserta bengkel.
TERIMALAH: Fatimah (depan, dua kanan) menyerahka­n sijil kepada salah seorang peserta bengkel.
 ??  ?? TRAGEDI: Kawasan kemalangan di mana mangsa terlanggar tiang lampu di tepi jalan di Km5, Jalan Mukah-Oya kelmarin.
TRAGEDI: Kawasan kemalangan di mana mangsa terlanggar tiang lampu di tepi jalan di Km5, Jalan Mukah-Oya kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia