Utusan Borneo (Sarawak)

Kerajaan tanggung kos saringan rakyat Sarawak

Hanya terpakai ke atas rakyat Sarawak yang menjalani kuarantin wajib pulang dari luar negara: Uggah

- Oleh Patricia Gari

KUCHING: Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata kerajaan negeri akan menanggung kos ujian saringan COVID-19 rakyat Sarawak yang balik dari luar negara.

Beliau berkata perkara itu telah dipersetuj­ui Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg dan ia hanya terpakai ke atas rakyat Sarawak yang menjalani kuarantin wajib sebaik pulang dari luar negara.

“Semua rakyat Sarawak yang balik dari luar negara akan menjalani kuarantin wajib selama 14 hari.

“Dalam tempoh tersebut mereka akan menjalani dua kali ujian COVID-19 iaitu pada hari kedua dan ke-10.

“Ketua Menteri telah memutuskan kos ujian saringan ini akan ditanggung oleh kerajaan negeri termasuk kos penginapan kuarantin,” katanya pada sidang media harian COVID-19 di sini, semalam.

Uggah yang juga pengerusi Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) berkata manakala bukan rakyat Sarawak (Semenanjun­g, Sabah, Labuan dan bukan warganegar­a) yang balik dari luar negara masuk ke Sarawak, mereka akan membayar sendiri kos kuarantin dan kos ujian COVID-19 tersebut.

Arahan berkenaan ujarnya, berkuat kuasa sehingga 31 Ogos 2020.

Sementara itu, katanya Kementeria­n Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sarawak telah membentang­kan Garis Panduan (SOP) Untuk Pusat Hiburan Berlesen yang ingin beroperasi dan hendaklah mematuhi SOP Karaoke yang disediakan dan ia berkuat kuasa 20 Ogos 2020.

“Manakala bagi aktiviti indoor busking pula hendaklah berpanduka­n SOP Live Event yang telah disediakan oleh

Kementeria­n Pelanconga­n, Kesenian dan kebudayaan Sarawak. Arahan ini berkuat kuasa 20 Ogos 2020.

“Tindakan tegas akan diambil ke atas pihak yang melanggar SOP-SOP ini,” ujarnya.

Menyentuh mengenai notis kompaun serta tangkapan dilakukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) Uggah berkata, 11 notis kompaun dikeluarka­n iaitu di Kuching (lima), Padawan (dua), Miri (satu), Kota Samarahan (satu), Sarikei dan Betong (satu).

“Manakala empat tangkapan penjawat awam. Tiga (3) daripadany­a adalah di Sibu kerana melanggar arahan

Semua rakyat Sarawak yang balik dari luar negara akan menjalani kuarantin wajib selama 14 hari.

Datuk Amar Douglas Uggah Embas

Timbalan Ketua Menteri

kuarantin dan seorang (1) di Kanowit kerana telah memotong ‘wristband’ sebelum selesai tempoh kuarantin.

“Pihak PGA juga telah melakukan tangkapan ke atas 20 warga Indonesia dalam perjalanan dan telah masuk secara haram ke Malaysia melalui laluan tikus di ladang kelapa sawit berdekatan sekolah St Raymond di Serian.

“Semua mereka gagal menunjukka­n sebarang pengenalan diri dan mereka ditangkap di bawah akta Imigresen 1959/63 dan diserahkan kepada Balai Polis Tebedu untuk tindakan lanjut,” katanya.

 ??  ?? PENGIKTIRA­FAN: Khirudin Drahman (tiga dari kiri) menyampaik­an cenderamat­a kepada Mohamed Syazwan pada majlis berkenaan.
PENGIKTIRA­FAN: Khirudin Drahman (tiga dari kiri) menyampaik­an cenderamat­a kepada Mohamed Syazwan pada majlis berkenaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia