Utusan Borneo (Sarawak)

Lelaki dipercayai diculik di belakang kedai di Miri

-

MIRI: Seorang lelaki dipercayai diculik dari belakang sebuah kedai di Jalan Bintang sekitar jam 4.30 petang semalam.

Rakaman video mengenai kejadian yang kini tersebar luas di laman social, menyaksika­n tiga lelaki menolak mangsa masuk ke dalam kenderaan pelbagai guna (MPV).

Ketua Polis Daerah ACP Lim Meng Seah ketika dihubungi mengesahka­n kes itu dan pihaknya ketika ini sedang menyiasat kes tersebut.

“Ya, saya diberitahu mengenai kes itu, tetapi kami tidak pasti sama ada ia penculikan untuk tebusan atau tidak.

“Polis juga sedang menyiasat motif di sebalik kejadian itu,” katanya ketika dihubungi.

Berdasarka­n rakaman tersebut, tiga lelaki dilihat menolak mangsa ke dalam MPV yang sempat dirakam saksi sebelum menjerit meminta tolong.

Dua daripada mereka memakai pelitup separuh muka manakala seorang suspek yang berada dalam MPV cuba menarik mangsa masuk ke dalam kenderaan.

Rakaman turut menyaksika­n mangsa cuba keluar dari MPV namun ditahan oleh dua suspek yang berada di luar kenderaan.

Lim menambah bahawa polis juga sedang mengesan kenderaan yang digunakan dalam kejadian itu.

Dia menambah bahawa polis menyiasat kes terbabit di bawah Seksyen 363 Kanun Keseksaan.

BINTULU: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPBM) Negeri Sarawak telah menyerahka­n sijil Teman Pili Bomba kepada Petronas Carigali Sdn Bhd (PCSB) di Hotel Fairfield Marriot, malam kelmarin.

Acara simbolik penyerahan sijil berkenaan disampaika­n Pengarah JBPM Negeri Sarawak, Khirudin Drahman @ Hussaini kepada Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai

Kumpulan Syarikat Malaysia MLNG Mohamed Syazwan Abdullah @Laga Jenggi.

Pada majlis berkenaan, pihak Petronas turut menyampaik­an sumbangan peralatan sanitasi kepada JPBM Bintulu.

Secara amnya, mereka yang mendaftar sebagai Teman Pili Bomba akan menerima sijil pengiktira­fan, cenderamat­a serta penghargaa­n daripada balai bomba di kawasan masing-masing kerana bersamasam­a membantu menjaga pili bomba daripada sebarang kerosakan.

Pada masa sama, penghargaa­n akan diberi kepada komuniti atau masyarakat yang prihatin dan bertanggun­gjawab terhadap pili bomba di kawasan mereka.

Hadir sama ialah Ketua Bomba Zon Bintulu Unjar Lum dan Pengurus Besar Kanan PCSB Peter Majid.

SIBU:Tigalelaki­berusia antara 23 dan 28 tahun ditahan kerana ingkar arahan kuarantin Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ketika berada di tempat awam di Jalan Channel di sini, petang kelmarin.

Ketua Polis Daerah Sibu ACP Stanley Jonathan Ringgit berkata, sepasukan anggota polis yang menerima maklumat daripada orang awam bergegas ke tempat kejadian dan menemui ketiga-tiga mereka di dalam sebuah kereta pada jam 3 petang.

“Ketiga-tiga lelaki terbabit yang merupakan anggota tentera dari Kem 14, Jalan Oya di sini, gagal memaklumka­n dan memberi penjelasan mengapa mereka berada di tempat awam iaitu di tepi Jalan Channel dalam keadaan memakai gelang putih kurantin PKPP,” katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.

Katanya, ketiga-tiga mereka masing-masing berasal dari Kota Bharu, Kelantan, Johor dan Melaka.

“Mereka baharu tiba di sini dan seharusnya mematuhi arahan kuarantin di berek kem namun sebaliknya mereka dilihat berada di pusat bandar,” jelasnya.

Ketika disoal polis, ketiga-tiga mereka tidak dapat menjelaska­n sebab mereka berada di bandar.

Stanley berkata, mereka kemudian dibawa ke Balai Polis Sentral Sibu untuk tindakan lanjut.

“Kesemua OKT dibebaskan dengan ikat jamin selepas siasatan awal dijalankan dan kes di bawah Seksyen 269 Kanun Keseksaan dan Seksyen 22 (b) Akta 342,” tambah beliau.

 ??  ?? SIASAT: Kelihatan anggota polis berada di lokasi kejadian selepas video berdurasi 18 saat berkaitan kes penculikan tersebar di laman sosial.
SIASAT: Kelihatan anggota polis berada di lokasi kejadian selepas video berdurasi 18 saat berkaitan kes penculikan tersebar di laman sosial.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia