Utusan Borneo (Sarawak)

Mulu akan gandakan promosi tarik pelancong domestik

-

KUCHING: Mulu akan menggandak­an promosi untuk menarik pelancong domestik disebabkan kekurangan pelancong luar berikutan pandemik COVID-19.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mulu Datuk Gerawat Gala mengakui bahawa industri pelanconga­n di kawasan itu termasuk Taman Negara Mulu terjejas kerana mencatat hampir sifar kedatangan pelancong asing.

“Dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuat kuasa, memang hampir tiada pelancong asing berkunjung ke Mulu.

“Ini berlaku mungkin disebabkan arahan sekatan sempadan antarabang­sa bagi pelancong luar yang hendak datang ke Malaysia,” katanya pada sidang media selepas melawat Pusat Khidmat Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Pantai Damai di sini, semalam.

Beliau berkata demikian ketika ditanya media mengenai bagaimana sambutan pelanconga­n di kawasan Mulu ketika pandemik ini.

Bagaimanap­un, kata Gerawat, usaha untuk mempromosi­kan kawasan pelanconga­n di negeri ini akan dipergiatk­an bagi menarik kedatangan pelancong dalam negeri seperti dari Semenanjun­g Malaysia.

“Seperti dikatakan Menteri Pelanconga­n, Kesenian dan Kebudayaan Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah, inilah masa untuk kita mempromosi­kan pelanconga­n domestik.

“Saya percaya dengan pelbagai strategi dan usaha dilakukan kerajaan, sektor pelanconga­n kita perlahan-lahan akan kembali pulih,” kata Gerawat yang juga Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN).

Hadir sama, Menteri Muda Hal Ehwal Islam dan Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi yang juga ADUN Pantai Damai.

 ??  ?? SIDANG MEDIA: Gerawat bersama Dr Abdul Rahman pada sidang media.
SIDANG MEDIA: Gerawat bersama Dr Abdul Rahman pada sidang media.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia