Utusan Borneo (Sarawak)

Masih terdapat tujuh kluster COVID-19 aktif di Sarawak

-

KUCHING: Masih terdapat tujuh kluster COVID19 yang aktif di Sarawak meskipun tiada kes positif baharu dilaporkan empat hari berturut-turut sejak 15 Ogos lalu.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata tujuh kluster berkenaan ialah Kluster Syarikat Kejurutera­an, Kluster Mambong, Kluster Pasar Stutong, Kluster Sentosa, Kluster PUI Melbourne, Kluster Syarikat Pembinaan Kuching dan Kluster Pasar Satok.

“Hari ini tiada kes positif COVID-19 dilaporkan. Ini menjadikan jumlah keseluruha­n kes positif COVID-19 di Sarawak kekal sebanyak 682 kes.

“Tiada juga kluster COVID-19 yang telah tamat pada hari ini. Jumlah kluster yang masih aktif adalah kekal tujuh melibatkan 62 kes,” katanya pada sidang media harian COVID-19 di sini, semalam.

Uggah yang juga pengerusi Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) memaklumka­n satu kes baharu telah pulih dan dibenarkan discaj dari Hospital Umum Sarawak (HUS) semalam.

Ini menjadikan jumlah keseluruha­n kes positif COVID-19 yang telah pulih dan dibenarkan discaj setakat semalam kekal 600 orang atau 96.77 peratus, tambahnya.

“Seramai tiga orang masih menerima rawatan dalam wad isolasi hospital dan jumlah kematian kekal 19 orang atau 2.79 peratus.

“Hari ini 22 kes orang disyaki (PUI) baharu dilaporkan dan satu kes masih menunggu ujian makmal,” katanya.

Mengenai saringan COVID-19 yang telah dilakukan negeri ini Uggah berkata, 22 fasiliti kesihatan yang dikenal pasti di seluruh Sarawak, telah mengambil 1,884 sampel bagi ujian COVID-19 dalam kalangan kes Influenze-Like Illness (ILI), bermula April 2020 hingga Ogos 2020.

Menurutnya daripada jumlah tersebut satu sampel positif telah dikesan di Sibu (0.05 peratus) pada bulan April 2020 manakala 1,875 sampel adalah negatif dan lapan sampel masih menunggu keputusan ujian makmal.

Sementara itu, lima Klinik Kesihatan Kementeria­n Kesihatan Malaysia (KKM) di bahagian Kuching yang dikenal pasti untuk menjalanka­n Surveilanc­e Respirator­y Symptoms bermula pada 20 Julai 2020.

“Sebanyak 316 sampel telah diambil untuk ujian COVID-19 (RT-PCR) dan kesemua keputusan adalah negatif bagi COVID-19.

“Saringan juga telah diadakan di 2,399 pasar di seluruh negeri dan daripada jumlah itu, 11 merekodkan keputusan positif manakala 2,388 negatif,” jelasnya.

Uggah juga berkata, ujian saringan secara rawak telah dilakukan di 152 tapak pembinaan yang terletak di bahagian Samarahan (11), Serian (lima), Sri Aman (empat), Betong (tujuh), Sarikei (empat), Sibu (empat), Kapit (empat), Mukah (16 ), Bintulu (33 ), Miri (59 ) dan Limbang (lima).

Menurutnya 1,439 sampel bagi ujian COVID-19 (RTPCR) telah diambil dan daripada jumlah sampel tersebut, 1,029 sampel daripada warganegar­a Malaysia dan 410 sampel daripada pendatang asing dengan izin.

“Hasil saringan ini mendapati satu sampel yang positif dari tapak pembinaan di bahagian Samarahan, 1,438 sampel adalah negatif,” jelasnya.

Saringan secara rawak juga katanya, telah dijalankan di 44 ladang yang terletak di Lundu (tujuh), Sri Aman (10), Mukah (lapan), Betong (10) dan Bintulu (sembilan).

Semasa saringan rawak itu dilakukan 604 sampel telah diambil, 277 sampel daripada warganegar­a Malaysia dan 327 sampel pula dari pendatang asing dengan izin, katanya.

“Daripada jumlah sampel tersebut, 569 sampel adalah negatif COVID-19 manakala 35 sampel lagi masih menunggu keputusan ujian makmal.

“Sebanyak 175 nelayan dari bahagian Sibu dan Betong telah disaring untuk COVID19 (RT-PCR) dan kesemua keputusan ujian saringan tersebut adalah negatif,” tambahnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia