Utusan Borneo (Sarawak)

DUN Mulu mahu contohi pengurusan Pusat Khidmat ADUN Pantai Damai

-

KUCHING: Dewan Undangan Negeri (DUN) Mulu mahu mengambil contoh cara pengurusan Pusat Khidmat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Damai dalam memberi perkhidmat­an yang berkesan kepada masyarakat.

Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Datuk Gerawat Gala berkata, ini kerana pusat khidmat itu terbukti berjaya berdasarka­n keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) dan kerjasama erat dengan pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

“Kita memilih pusat khidmat ini sebab berjaya beroperasi dan diuruskan dengan baik.

“Malah, konsep pengurusan pusat khidmat ini juga amat efisien terutama dalam aspek berkhidmat kepada masyarakat,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mengunjung­i Pusat Khidmat ADUN Pantai Damai di sini, semalam.

Gerawat yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mulu turut memuji Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Cawangan Pantai Damai kerana mempunyai bilangan ahli yang ramai.

“Kita dapat lihat Pantai Damai mempunyai bilangan ahli PBB yang tertinggi.

“Kita akan mengguna pakai konsep PBB Pantai Damai dalam mendaftark­an ahli sekali gus menarik lebih ramai penyokong di kawasan kita,” ujarnya.

Beliau berharap pasukannya dapat mempelajar­i dan mempraktik­kan amalan pengurusan daripada Pusat Khidmat ADUN Pantai Damai.

Ditanya mengenai persediaan PRN12, Gerawat berkata, PBB Cawangan Mulu sememangny­a sudah bersedia menghadapi pilihan raya itu.

“Dan kunjungan kami ke Pusat Khidmat ADUN Pantai Damai kali ini merupakan antara usaha memantapka­n lagi jentera kita,” ujarnya.

Sementara itu, Menteri Muda Hal Ehwal Islam dan

Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi menzahirka­n rasa bangga menerima kunjungan Gerawat bersama rombongan.

“Pada kunjungan ini, kita berkongsi pengalaman ketika saya menjadi wakil rakyat dan strategi yang digunakan setiap kali pilihan raya.

“Kita harap segala maklumat yang dikongsika­n akan menjadi informasi berguna kepada mereka,” kata Dr Abdul Rahman yang juga ADUN Pantai Damai.

 ?? Muhammad Rais Sanusi
— Gambar ?? AMANAT: Gerawat berucap semasa melawat Pusat Khidmat ADUN Pantai Damai. Turut kelihatan Dr Abdul Rahman.
Muhammad Rais Sanusi — Gambar AMANAT: Gerawat berucap semasa melawat Pusat Khidmat ADUN Pantai Damai. Turut kelihatan Dr Abdul Rahman.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia