Utusan Borneo (Sarawak)

Muzium papar sejarah hidup Abang Johari dibina di Limbang

-

LIMBANG: Sejarah dan kisah hidup Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg yang dilahirkan di kuarters kerajaan di Limbang akan dipaparkan dengan pembinaan Muzium Pentadbira­n Bahagian Limbang dengan kos RM10 juta yang dijangka siap April tahun depan.

Menteri Muda Pemodenan Pertanian, Tanah Adat dan Pembanguna­n Wilayah Datuk Dr Abdul Rahman Ismail berkata, Abang Johari begitu dekat dan menyimpan nilai sentimenta­l dengan Limbang kerana dilahirkan di daerah ini dengan bantuan seorang bidan kampung pada tahun 1950.

“Muzium ini mempunyai sejarahnya sendiri iaitu kita hendak membina replika kediaman Ketua Menteri semasa beliau dilahirkan kirakira 70 tahun lepas di sebuah kuarters kerajaan semasa ayahnya bertugas sebagai pegawai daerah Limbang dan Lawas,” katanya semasa ditemui selepas mengadakan kawatan ke tapak Muzium Pentadbira­n Limbang di sini, kelmarin.

Turut sama Residen Bahagian Limbang Ahmad

Denney Ahmad Fauzi, Kurator Jabatan Muzium Sarawak Rebecca Richard Beginda dan Jurutera Awam daripada Pejabat Wilayah Utara Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak Mohamad Romzie Mohammad Ali Adaha.

ADUN Bukit Kota itu berkata, kerja-kerja pembinaan projek muzium sedang dilaksanak­an selepas tertangguh akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Projek ini sepatutnya siap pada Februari 2021, tetapi tergendala disebabkan PKP dan penjaduala­n terlewat 13 peratus dengan tarikh baharu siap pada 26 April 2021,” katanya.

Beliau menjelaska­n lagi, selain Muzium Pentadbira­n, Limbang juga mempunyai Muzium Wilayah Limbang yang diberi tumpuan kerajaan negeri sebagai salah satu daya tarikan pelanconga­n ke Limbang.

Menurutnya, Limbang mendapat banyak limpahan projek pembanguna­n sama ada pembanguna­n infrastruk­tur, pembanguna­n pelanconga­n mahupun pembanguna­n ekonomi di bawah kepimpinan Abang Johari.

 ??  ?? DALAM PEMBINAAN: (Duduk kiri) Denney dan Dr Abdul Rahman ketika mendengar taklimat mengenai Muzium Pentadbira­n Limbang.
DALAM PEMBINAAN: (Duduk kiri) Denney dan Dr Abdul Rahman ketika mendengar taklimat mengenai Muzium Pentadbira­n Limbang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia