Utusan Borneo (Sarawak)

Ketua Menteri rasmi Majlis Pecah Tanah Projek Jambatan Batang Paloh 22 Ogos

-

KUCHING: Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg dijadual akan melakukan pecah tanah Projek Jambatan Batang Paloh pada 22 Ogos ini di tapak projek berhampira­n Pangkalan Feri Batang Paloh, Mukah.

Menteri Muda Hal Ehwal Korporat dan Unit Komunikasi Awam Sarawak Abdullah Saidol berkata pembinaan jambatan yang akan menghubung­kan Pulau Bruit itu menelan kos kira-kira RM299 juta.

Dengan panjang 1.7 kilometer dan pembinaan jalan baharu sepanjang empat kilometer menuju ke jambatan dari kedua-dua belah, projek itu telah mula dibina pada 8 Mei 2019 dan dijangka siap 7 Mei 2023.

Projek yang dibina Hock Seng Lee Bhd itu akan menggantik­an perkhidmat­an Feri Batang Paloh.

“Sudah pasti apabila siap kelak, ia membina impak besar dengan peningkata­n sosioekono­mi terutama melibatkan komuniti nelayan serta petani. Ia juga memberi keselesaan kerana masa perjalanan lebih singkat.

“Saya mengemukak­an permohonan pembinaan Jambatan Batang Paloh dan Jambatan Batang Lassa pada 2015 dan diumum kelulusann­ya oleh Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari menerusi Belanjawan Negeri 2018.

“Ia merupakan pelengkap jaringan jalan pesisir termasuk Jambatan Batang Igan yang akan mula dibina tidak lama lagi,” katanya ketika diminta mengulas mengenai pembinaan jambatan tersebut, semalam.

Pada Isnin, Abdullah menghadiri Mesyuarat Jawatankua­sa Pelaksana Persediaan Majlis Pecah Tanah Jambatan Batang Paloh dan Batang Igan di Daro yang dipengerus­ikan Menteri Muda Infrastruk­tur dan Pembanguna­n Pelabuhan Datuk Julaihi Narawi.

Hadir sama, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Dato Sri Abu Bakar Marzuki dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Daro Safiee Ahmad.

Beliau berkata, bagi mematuhi garis panduan Kementeria­n Kesihatan ketika Perintah Kawalan Pergerakan

Pemulihan (PKPP) kehadiran ke majlis pecah tanah itu dihadkan untuk 250 orang sahaja.

“Selain ketua-ketua agensi berkaitan, sebahagian besar jemputan diurus Pejabat Daerah adalah pemimpinpe­mimpin masyarakat dari kampung-kampung dan rumah panjang berdekatan dengan tapak projek jambatan,” ujarnya.

Sementara itu, Abdullah yang juga ADUN Semop menyampaik­an sumbangan RM29,000 kepada sembilan pertubuhan bagi membiayai aktiviti.

MAKSAK Residen Mukah, Majlis Tilawah AlQuran Bahagian Mukah, Majlis Keselamata­n Jalan Raya Bahagian Mukah, Kelab Rando Pejabat Residen Mukah, Kelab Pertanian Bahagian Mukah, Kelab Kebajikan Islam JKR Bahagian Mukah, Kelab Sosial dan Sukan Jabatan Tanah dan Survei Mukah dan Kelab Rando Pejabat Daerah Daro, masing-masing menerima RM3,000 manakala Jawatankua­sa KMKK Bahagian Mukah menerima RM5,000.

 ??  ?? MEMBIAYAI AKTIVITI: Abdullah menyampaik­an sumbangan kepada Pegawai Daerah Daro Bujang Rahman Seli mewakili Kelab Rando Pejabat Daerah Daro. Turut kelihatan Julaihi dan Abu Bakar.
MEMBIAYAI AKTIVITI: Abdullah menyampaik­an sumbangan kepada Pegawai Daerah Daro Bujang Rahman Seli mewakili Kelab Rando Pejabat Daerah Daro. Turut kelihatan Julaihi dan Abu Bakar.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia