Utusan Borneo (Sarawak)

Pelihara kebersihan persekitar­an cegah denggi

-

SRI AMAN: Kebersihan taman perumahan, rumah panjang dan kampung perlu dipelihara agar tidak menjadi tempat pembiakan nyamuk, khususnya nyamuk aedes yang membawa penyakit denggi.

Menteri Muda Kesejahter­aan Komuniti Datuk Francis Harden Hollis berkata, adalah menjadi tanggungja­wab Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung (JKKK) untuk memastikan kawasan kejiranan sentiasa selesa dan selamat untuk dihuni.

“Jika kawasan anda kotor, ini pasti akan mengundang pelbagai penyakit seperti denggi, taun, demam kepialu dan sebagainya sekali gus membahayak­an para penghuniny­a,” ujarnya.

“Sebelum penyakit memporakpe­randakan kehidupan kita, saya menyeru ahli JKKK di setiap kawasan di daerah ini agar mengadakan program gotong-royong sekurang-kurangnya sekali sebulan,” katanya.

Harden yang juga Ahli

Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simanggang berkata demikian ketika berucap ringkas pada Program Gotong-Royong anjuran bersama Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Cawangan Simanggang dan Majlis Daerah Sri Aman (MDSA) di Pasar Sri Jaya, semalam.

Menurutnya, gotongroyo­ng perlu melibatkan kerja-kerja membersihk­an persekitar­an seperti menebas rumput, memastikan pengaliran air tidak terhalang oleh longkang tersumbat, mengumpul sampah dan sebagainya.

“Kawasan yang tidak dibersihka­n dengan sempurna berpotensi menjadi sarang pembiakan nyamuk aedes,” ujarnya sambil menambah, JKKK harus mengambil inisiatif sendiri tanpa mengharapk­an kehadiran pihak MDSA dalam penganjura­n gotong-royong.

Selain itu, Harden menegaskan aktiviti gotong-royong tidak harus dianggap bermusim, yakni perlu dilakukan dari semasa ke semasa, bukan menjelang sesuatu perayaan semata-mata.

“Jika kawasan kita bersih, ia pasti mencermink­an sikap para penghuniny­a yang bertanggun­gjawab dan peka dengan keadaan sekeliling,” ujarnya.

Harden percaya ramai masyarakat kini telah sedar tentang penyakit berbahaya seperti demam denggi menerusi kempen kebersihan yang dianjurkan pihak majlis, pejabat kesihatan dan agensi kerajaan dan swasta.

“Berita tentang kempen kebersihan menerusi media massa juga secara tidak langsung memberikan kesedaran kepada masyarakat tentang kepentinga­n menjaga kebersihan di tempat kediaman kita,” tegasnya.

Hadir sama pada majlis berkenaan, ahli SUPP Cawangan Simanggang, ahli Majlis Daerah Sri Aman (MDSA) dan kakitangan MDSA.

 ??  ?? GOTONG-ROYONG: Harden (berdiri, enam kanan) bersama ahli SUPP Simanggang dan ahli MDSA pada Program Gotong-Royong di Pasar Sri Jaya, semalam.
GOTONG-ROYONG: Harden (berdiri, enam kanan) bersama ahli SUPP Simanggang dan ahli MDSA pada Program Gotong-Royong di Pasar Sri Jaya, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia