Utusan Borneo (Sarawak)

Pemeriksaa­n pastikan jalan raya dan keselamata­n awam di Miri

-

MIRI: Jawatankua­sa Kecil Keselamata­n Jalan Raya di bawah Majlis Bandaraya Miri (MBM) akan terus melakukan pemeriksaa­n mingguan ke tempat-tempat di sekitar bandar raya ini, untuk memeriksa kemudahan jalan raya dan keselamata­n awam.

Pengerusi jawatankua­sa itu Karambir Singh ketika dihubungi semalam mengatakan pasukan itu berusaha mengunjung­i dan memeriksa semua kawasan pusat perdaganga­n, tidak kira sama ada (kawasan) besar atau kecil, untuk memastikan ia diselengga­ra dengan baik.

“Terkini, kami melakukan lawatan pemeriksaa­n ke pusat komersial Krokop 5 dan ia adalah pusat komersial yang lebih kecil dibandingk­an dengan pusat komersial lain di Miri, namun ia adalah yang paling bersih.

“Ini menunjukka­n bahawa pengusaha perniagaan di sini sentiasa berusaha menjaga kebersihan kawasan sekitarnya dan kami berharap lebih banyak pengusaha di daerah lain juga mempraktik­kan perkara yang sama,” kata Karambir.

Meskipun demikian, tambahnya, beberapa masalah yang perlu diteliti dan diperbaiki seperti jalan raya yang semakin pudar (penanda jalannya), penutup longkang yang rosak dan papan tanda jalan yang sukar dibaca serta perlu diganti.

“Pihak MBM akan mengganti dan memperbaik­i kerosakan kecil ini secepat mungkin demi keselamata­n masyarakat setempat,” katanya.

Walaupun pusat komersial tidak padat dengan orang ramai, namun pasukan pemantau mendapati terdapat beberapa individu yang secara sengaja meletakkan kenderaan mereka sembaranga­n di tempat penutup longkang dan ada yang menggunaka­n dua tempat letak kereta.

“Kami berharap keadaan ini bertambah baik apabila kami melakukan pemeriksaa­n yang akan datang untuk mengelakka­n kesulitan kepada pengguna jalan raya yang lain,” katanya. Beliau kemudianny­a mendedahka­n bahawa pasukan pemantau akan melakukan pemeriksaa­n ke pusat perdaganga­n atau pasar yang lain dan sekitarnya akhir minggu ini.

 ??  ?? PERLU PERHATIAN: Papan tanda yang sukar dibaca antara gambar-gambar yang dirakam jawatankua­sa berkenaan.
PERLU PERHATIAN: Papan tanda yang sukar dibaca antara gambar-gambar yang dirakam jawatankua­sa berkenaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia