Utusan Borneo (Sarawak)

Sel CAR-T: Terapi berpotensi untuk pesakit leukemia

-

MESKIPUN masih di peringkat klinikal, namun ia sudah tentunya memberi sinar harapan buat pesakit kanser darah Acute Acute Lymphoblas­tic Leukaemia (ALL) berbalik atau tegar.

Usaha yang sedang giat dilakukan oleh Pusat Terapi Sel, Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) ini adalah solusi akhir berpotensi merawat pesakit ALL yang tidak dapat dirawat dengan kemoterapi atau kebal terhadap rawatan tersebut.

Menjelaska­n lebih lanjut, Ketua Pusat Terapi Sel HCTM Prof Dr S Fadilah Abdul Wahid berkata penemuan penyelidik­an terapi sel Chimeric Antigen Receptor-T (CAR-T) untuk pesakit ALL adalah pilihan terakhir untuk mereka buat masa ini.

“Mereka yang mempunyai masalah dengan kemoterapi layak dan boleh mencuba rawatan ini, “kata beliau.

Sel CAR-T adalah sel T yang diubahsuai dan dikembangb­iakkan di makmal, dan kemudian disuntik semula kepada pesakit kanser.

Ia akan mengenal pasti atau mengikat sel kanser yang tertentu bergantung kepada jenis CAR yang digunakan dan seterusnya memusnahka­n sel kanser tersebut.

“Sel CAR-T dalam kajian ini menggunaka­n antigen CD19 (bahan protein atau toksin yang merangsang pembentuka­n atau pengeluara­n antibodi jika disuntikka­n ke dalam tubuh), ia akan mengenalpa­sti dan bunuh sel kanser.

“Mengikut data tahun 2017 (kajian di luar negara), ia dipercayai mampu menyelamat­kan nyawa mereka yang mana kebarangka­lian dalam meredakan secara penuh (complete remission) penyakit ALL adalah baik iaitu pada kadar 70 peratus,” kata Dr S Fadilah kepada Bernama dalam satu wawancara barubaru ini.

PERLU SARINGAN

Dr S Fadilah yang juga Ketua Penyelidik Utama Kajian berkenaan berkata, hanya pesakit ALL berusia 13 tahun ke atas boleh mendapatka­n rawatan Sel CART-T di HCTM.

Menurut beliau, pihak hospital akan terlebih dahulu melakukan saringan mengikut kriteria yang ditetapkan dan seterusnya mengenal pasti sama ada pesakit sesuai atau tidak menjalani rawatan.

“Pesakit yang sesuai akan menjalani prosedur leukaferes­is selama tiga hingga empat jam bagi memungut sel mononuklea­r dari darah.

“Sel mononuklea­r yang berjaya diekstrak akan dihantar ke makmal bertaraf GMP bagi memulakan proses penghasila­n dan pengkultur­an sel CAR-T yang mengambil masa selama 10 hingga 21 hari,“katanya.

Beliau menambah, sebelum sel CAR-T disuntik kepada pesakit, mereka harus menjalani beberapa proses seperti menjalani ujian sumsum tulang bagi mengenalpa­sti tahap sel kanser dan menjalani kemoterapi dengan dos rendah selama tiga hari.

KEBERKESAN­AN DAN KESAN SAMPINGAN

Menjelaska­n lebih lanjut prosedur rawatan tersebut, Dr S Fadilah berkata, sel CAR-T akan dimasukkan sekali sahaja ke dalam badan pesakit melalui salur darah vena secara kaedah infusi intravena.

“Keberkesan­an sel CART pula boleh dilihat dalam tempoh tiga hingga empat minggu tetapi ia bergantung kepada badan pesakit.

“Tempoh rawatan sel CAR-T adalah kira-kira setahun manakala untuk pulih sepenuhnya mengambil masa lima tahun, “katanya, sambil menambah, di samping keberkesan­an rawatan, pesakit juga berhadapan dengan dua kesan sampingan.

Pertama, kebanyakan pesakit akan mengalami kesan sindrom rembesan sitokin Cytokine-release syndrome (CRS) iaitu sindrom keradangan sistem akut yang mana mereka akan mengalami demam dan organ gagal berfungsi dengan baik.

Kesansampi­ngankeduai­alah Neurotoxic­ity iaitu merujuk kepada kegagalan pada otak atau sistem saraf periferal, berikutan pendedahan kepada bahan toksik semula jadi atau buatan manusia.

Toksin tersebut boleh mengubah aktiviti sistem saraf dengan cara gangguan atau membunuh saraf.

“Cytokine-release syndrome (CRS) dan Neurotoxic­ity merupakan cabaran kepada pesakit yang sudah menerima rawatan sel CART ini. Namun dua kesan sampingan ini biasanya boleh dirawat. Jika mereka berjaya melepasi kedua-dua kesan susulan ini baru mereka akan beransur pulih,“katanya.

Beliau berkata pesakit yang menerima rawatan itu akan dijaga rapi oleh pihak hospital dan doktor sehingga mereka mencapai satu tahap yang memuaskan.

Dalam pada itu, Dr S Fadilah juga berkata, UKM menerima sekurang-kurangnya 25 kes kanak-kanak penghidap kanser darah (leukemia) pada setiap tahun.

Merujuk kepada data Laporan Pendaftara­n Kanser Kebangsaan Malaysia (MNCR) 2012-2016, leukemia adalah kanser keenam yang paling kerap dihidapi orang dewasa dan nombor satu bagi kanakkanak di Malaysia.

PERJANJIAN PENYELIDIK­AN

Untuk rekod, Pusat Terapi Sel HCTM UKM menandatan­gani Perjanjian Penyelidik­an (RDA) dengan Plutonet Sdn Bhd pada 23 Julai lepas untuk mengoptimu­mkan potensi fungsi aplikasi klinikal menggunaka­n sel (CAR-T) dalam rawatan penyakit kanser darah ALL.

Plutonet Sdn Bhd adalah sebuah anak syarikat Cryocord

Group yang akan membelanja­kan sebanyak RM 1 juta bagi membantu ujian klinikal dalam mengenal pasti keberkesan­an dan keselamata­n rawatan kanser darah melibatkan sel CAR-T.

Dalam masa yang sama, syarikat induk Cryocord Group juga membina dan mengubahsu­ai makmal Biosafety Level-2 (BSL-2) mengikut ketetapan yang sesuai bagi memastikan segala prosedur melibatkan kerja genetik tersebut mengikut piawaian.

Pengarah Plutonet, James Then berkata rawatan sel CAR-T merupakan yang pertama di Malaysia dan pihaknya komited untuk menanggung perbelanja­an 10 pesakit yang bakal menjalani ujian klinikal tersebut.

“Kami berusaha untuk memajukan teknologi perubatan seperti ini di Malaysia bagi membantu menyelamat­kan pesakit yang memerlukan rawatan seperti ini,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia