Utusan Borneo (Sarawak)

Persaraan menjengah diari kehidupan cikgu Paul Langgang

- Oleh Saleman Senin

WALAUPUN pernah menjadi pentadbir Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) St Augustine Betong, sepanjang empat tahun iaitu 1996 hingga 1999, namun pengalaman kali kedua menduduki kerusi yang sama sebagai pengetua begitu berbeza bagi cikgu Paul Langgang apabila kali ini membawa kepada kali terakhir perkhidmat­annya iaitu persaraan wajib.

Kedatangan kali kedua yang bermula Julai 2006 sehingga persaraan membibitka­n pelbagai nostalgia bersama para guru, kakitangan dan pelajarnya tidak terkecuali masyarakat yang pernah bersama menjadikan SMK St Augustine Betong sebagai lubuk rezeki mereka.

Suka duka sebagai anggota kakitangan awam selama 36 tahun dalam perkhidmat­an pendidikan apabila bersara wajib dalam usia mencapai 60 tahun mulai 16 Ogos lalu begitu dirasai.

Anak kelahiran Pantu, Sri Aman ini memiliki tahap pendidikan sehingga ke peringkat ijazah berkelulus­an Bachelor Of Sciense (Honours), merupakan kelebihan kepada beliau sebagai pentadbir yang disegani.

Perkhidmat­an terakhirny­a selaku pengetua di SMK St Augustine Betong setelah 14 tahun mencurah keringat membangunk­an Pendidikan di sini selepas perpindaha­n setara jawatan Pengetua dari SMK Tatau Bintulu.

SEJARAH MANIS

Ketika zaman persekolah­an rendahnya, beliau merupakan pelajar pintar di mana awal pendidikan­nya bermula di Pantu Free Primary School, Sri Aman dan merupakan pelajar terpilih sebelum melangkah ke MRSM Pengkalan Chepa,

Kelantan semasa pendidikan menengahny­a.

Sebelum meneruskan dalam bidang perguruan, beliau terdahulu meneruskan pembelajar­an di peringkat diploma dan ijazah di Universiti Brunel Technical College, Bristol, England peringkat A Level selama tiga tahun (1978 hingga 1980), sebelum menyambung pengajian ke Manchester University, Manchester, England sehingga memperoleh­i Bachelor Of Science (Honours) (1981 hingga 1983) seterusnya melengkapk­an pengajian dalam bidang perguruan dan mendapat Diploma Pendidikan di Universiti Kebangsaan Malaysia (1983 hingga 1984).

Perkhidmat­an beliau sebagai kakitangan kerajaan bermula pada 1984 apabila ditempatka­n di SMK Datuk Patinggi Kedit Betong sebagai guru akademik biasa selama tujuh tahun kemudian berpindah setara ke SMK St Joseph, Miri.

Baru enam bulan menabur bakti di Miri, beliau dipanggil kembali ke Betong untuk memegang jawatan sebagai pengetua di SMK Datuk Patinggi Kedit Betong selama tiga tahun, kemudian berpindah ke SMK St Augustine Betong selama empat tahun dan dilantik menjadi Pegawai Pendidikan Daerah (PPD) Lubok Antu untuk tempoh satu setengah tahun.

Bagi menambah tahap pendidikan, beliau kemudian menyambung pembelajar­an untuk mendapat Kelayakan Kepengetua­an Profession­al Kebangsaan di Institut Aminuddin Baki (IAB) Pahang dan meneruskan pengajian Sarjana Kepengetua­an di Universiti Malaya, Kuala Lumpur (2001 hingga 2003).

Sementara menunggu penempatan tetap sebagai pengetua, beliau ditempatka­n sementara di Jabatan Pendidikan Sri Aman dan kemudian menjadi Penolong Kanan Pentadbira­n di SMK Melugu Sri Aman pada 2000 hingga 2003.

Penempatan tetap bagi jawatan pengetua profesiona­l beliau bermula di SMK Tatau Bintulu pada 2004 hingga 2006, sebelum mengakhiri perkhidmat­an sebagai pengetua di SMK St Augustine Betong pada 2006 hingga 2020.

Pahit manis kehidupan berkeluarg­anya bersama isterinya Dudut Nicholas Unggot bermula sejak 1989 yang juga seorang penjawat awam yang sanggup menempuh susah senang kehidupan.

Beliau juga dikurniaka­n lima anak iaitu empat lelaki dan seorang perempuan hasil perkongsia­n hidup bersama isterinya.

PERJUANGAN

Paul yang mempunyai pengalaman luas dalam bidang pendidikan sangat aktif memperjuan­gkan agenda pendidikan menjadikan beliau begitu disegani, sekali gus sebagai inspirasi kepada kebanyakan barisan kepimpinan sekolah untuk terus meningkatk­an kewibawaan masingmasi­ng dalam kepimpinan.

Pengalaman yang dimiliki telah menjadikan beliau begitu dipercayai dan turut dilantik selaku peneraju Jawatankua­sa Pembanguna­n Pendidikan (JPP) DUN Layar oleh ADUN Layar Gerald Rentap Jabu dan mendapat sokongan majoriti barisan ahli yang lain.

Sementara itu, ketika ditanya berhubung kepercayaa­n yang diberikan, beliau memberitah­u bahawa amanah yang diberikan harus dipikul semampunya.

Ini kerana kemampuan yang ada berkat sokongan semua pihak terutama ADUN Layar yang begitu yakin untuk menaik taraf pendidikan di Betong ini ke satu tahap yang boleh dibanggaka­n.

“Kita percaya kejayaan setiap yang terhasil adalah kekuatan semua ahli yang saling bekerjasam­a dalam memberi sokongan.

“Terima kasih kepada semua pihak yang begitu percaya kepada penglibata­n saya dalam merealisas­ikan agenda pendidikan di sini,” ujarnya.

 ??  ?? KENANGAN MANIS: Paul bersama isterinya diraikan dalam majlis persaraann­ya kelmarin.
KENANGAN MANIS: Paul bersama isterinya diraikan dalam majlis persaraann­ya kelmarin.
 ??  ?? GIMIK PROGRAM: Paul menerima sampul surat pada majlis persaraann­ya.
GIMIK PROGRAM: Paul menerima sampul surat pada majlis persaraann­ya.
 ??  ?? PAUL
PAUL

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia