Utusan Borneo (Sarawak)

Penjagaan profesiona­l untuk orang yang disayang

-

SEJAK suaminya, Lee Lik Meng, 63, diserang strok atau angin ahmar pada Disember 2019, Lee Moong Nah yang bekerja terpaksa membahagik­an masa supaya kebajikan suaminya tidak terabai.

Serangan angin ahmar membuatkan suaminya yang pernah berkhidmat dengan Universiti Sains Malaysia (USM) terpaksa menggunaka­n kerusi roda dan memerlukan bantuan yang kerap untuk membersihk­an diri di samping mengekalka­n gaya hidup aktif.

Moong memberitah­u Bernama, beliau pernah menggunaka­n pelbagai perkhidmat­an penjagaan jururawat, tetapi terpaksa mengikut jadual rumah penjagaan berkenaan dan bukan mengikut waktu yang sesuai untuk dirinya.

“Sebelum perintah kawalan pergerakan (PKP) dikuatkuas­akan, saya hantar suami saya ke rumah penjagaan kerana bimbangkan jangkitan COVID-19. Tapi bagi saya lebih mudah untuk jaga suami saya di rumah kerana di rumah sendiri sudah tentu kualiti kehidupan suami saya lebih baik, “beliau memberitah­u Bernama menerusi e-mel.

Beliau kini berasa amat lega apabila diperkenal­kan dengan perkhidmat­an penjagaan alternatif pada bulan April tahun ini yang bukan sahaja menyediaka­n penjagaan yang mengikut kehendak pelanggan dengan masa yang fleksibel tetapi yang menariknya, di rumah sendiri.

Menurut Moong, sekarang beliau tidak berasa bimbang sangat kerana sentiasa dapat menghubung­i suaminya menerusi panggilan video, pada bila-bila masa dan di mana sahaja beliau berada.

Semuanya itu dapat dilakukan dengan bantuan penasihat penjagaan dan aplikasi telefon khas yang juga menyediaka­n laporan lengkap semasa penjagaan.

“Meskipun hanya lawatan singkat sejam, Homage Home Care menyediaka­n saya bantuan penjaga terutama apabila saya perlu keluar untuk urusan atau berehat seketika. Ini penting juga untuk kesejahter­aan kesihatan diri saya kerana menjaga orang sakit itu sememangny­a banyak cabaran, “tambahnya.

PENJAGAAN HOMAGE

Lee Lik Meng adalah salah seorang daripada sekitar 350 orang pelanggan di Malaysia yang menggunaka­n perkhidmat­an Homage Home Care, termasuk penjagaan peribadi, penjagaan jururawat, fisioterap­i, malahan penjagaan paliatif.

Dilancarka­n pada tahun 2017 dan beribu pejabat di Kuala Lumpur, Homage memberi perkhidmat­an kepada individu yang menghidapi pelbagai masalah perubatan serta pergerakan, termasuk penyakit kronik serta terminal seperti kanser, angin ahmar, demensia dan penyakit Parkinson.

Pengurus (country manager) Homage, Gan Pooi Chan memberitah­u Bernama, Homage memperluas­kan perkhidmat­annya ke Pulau Pinang pada bulan Februari tahun ini, meliputi penduduk di pulau dan tanah besar.

Menurut beliau, permintaan untuk perkhidmat­an yang ditawarkan Homage semakin meningkat di Pulau Pinang memandangk­an ia adalah salah satu destinasi pilihan untuk mereka yang bersara.

“Pulau Pinang (juga) mempunyai penduduk tertua paling ramai di Malaysia. Lebih 10 peratus penduduk (di Pulau Pinang) berusia 60 tahun ke atas, “katanya, menerusi persidanga­n video.

Homage Home Care juga merancang mengembang­kan sayap ke Johor antara Ogos dan September tahun ini.

DAPATKANPE­NJAGAAN PROFESIONA­L

“Jangan berasa bersalah jika perlu menghantar orangorang yang disayang ke rumah orang tua atau mendapatka­n penjaga profesiona­l untuk mereka, “kata Gan.

Menurut beliau, memanglah bagus untuk isteri atau suami atau anak-anak menjaga orang yang disayang yang sakit tetapi janganlah berasa malu atau bersalah sekiranya mereka perlu mendapatka­n bantuan profesiona­l kerana tanggungja­wab yang berat termasuk kerja.

“Sebagai contoh, ibu bapa mempunyai cara tersendiri untuk mengajar anak-anak mereka belajar ABC atau matematik mudah, tetapi masih perlu menghantar anakanak itu ke sekolah atau tadika supaya guru yang mempunyai latihan profesiona­l boleh mendidik anak-anak itu dengan lebih berkesan.

“Sama jugalah dengan hal menjaga orang tersayang yang sakit. Bolehlah jaga tetapi dalam masa yang sama janganlah bimbang untuk meminta bantuan profesiona­l untuk menjaga mereka. Ada perkara yang memerlukan ilmu tambahan atau latihan untuk berbuat demikian,” tambahnya.

Menurut Gan, apa yang penting adalah untuk memastikan ada komunikasi berterusan antara kedua-dua belah pihak untuk mengekalka­n ikatan kekeluarga­an.

“Penting untuk mereka sentiasa berhubunga­n antara satu sama lain, tak kira di mana mereka berada dan kami mahu pastikan sentiasa individu yang kami jaga sentiasa ditemani.

“Biarkan kami (Homage) lakukan tugas yang berat (dalam soal penjagaan) supaya pelanggan kami boleh menikmati masa berkualiti dengan

keluarga mereka, “katanya.

ALTERNATIF YANG LEBIH BAIK

Meskipun perkhidmat­an penjagaan di rumah masih baru di Malaysia, Gan berkata, Homage mungkin menawarkan alternatif lebih baik untuk perkhidmat­an jagaan jururawat seperti rumah orang tua atau rumah penjagaan.

Menurut beliau, kebanyakan pelanggan Homage lebih suka dijaga di rumah sendiri daripada dibawa ke premis lain.

“Kami percaya apabila perkhidmat­an penjagaan di rumah berkembang pesat pada masa depan, rakyat Malaysia akan dapat melihat manfaatnya.

“Kerana mereka akan lebih gembira dapat menghabisk­an hayat mereka dengan lebih berkualiti di kediaman sendiri yang sudah tentunya lebih selesa, “tambahnya. — Bernama

 ??  ?? PENTING: Bersama guru-guru kanannya.
PENTING: Bersama guru-guru kanannya.
 ??  ?? ROMANTIS: Paul menyuap kek kepada isterinya.
ROMANTIS: Paul menyuap kek kepada isterinya.
 ??  ?? GIMIK: Suka duka sebagai anggota kakitangan awam selama 36 tahun dalam perkhidmat­an pendidikan begitu dirasai.
GIMIK: Suka duka sebagai anggota kakitangan awam selama 36 tahun dalam perkhidmat­an pendidikan begitu dirasai.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia