Utusan Borneo (Sarawak)

Model tadbir urus Wakaf Air dalam proses untuk dimuktamad­kan

-

KUALA LUMPUR: Model tadbir urus Tabung Wakaf Air Nasional (Wakaf Air) bertujuan membekalka­n air bersih terawat kepada rakyat, kini dalam proses akhir untuk dimuktamad­kan, kata Menteri Alam Sekitar dan Air (KASA) Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man.

Beliau berkata kerjasama dengan Yayasan Wakaf Malaysia sedang dilaksanak­an bagi memastikan Wakaf Air itu dapat direalisas­ikan mengambil kira pelan rangkaian tindakan termasuk menubuhkan pasukan petugas bagi meneliti konsep tadbir urus yang berkesan dan selaras dengan peraturan dan undang-undang sedia ada.

“Selain itu, membangunk­an struktur tadbir urus mekanisme pelaksanaa­n Wakaf Air dan pelaksanaa­n pelan komunikasi bagi mempromosi Wakaf Air kepada orang awam,” katanya semasa sesi Pertanyaan-pertanyaan Menteri pada persidanga­n Dewan Rakyat di sini semalam.

Beliau menjawab soalan Che Alias Hamid (PASKemaman) yang meminta kementeria­n itu menyatakan secara terperinci rangka pelan dan rancangan kajian rintis pembanguna­n Wakaf Air di negara ini.

Tuan Ibrahim berkata pelaksanaa­n Wakaf Air mengambil contoh daripada tindakan Sayyidina Uthman Bin Affan yang telah mewakafkan sebuah telaga di rumahnya untuk kegunaan penduduk

Madinah pada masa pemerintah­an Rasulullah SAW.

Beliau berkata sebagai kerajaan prihatin, komitmen kerajaan ialah menyediaka­n projek bekalan air sama ada melalui pinjaman atau geran bagi memastikan rakyat mempunyai akses kepada bekalan air bersih.

Menjelas lanjut katanya, model Tabung Wakaf Air Nasional ialah berkonsepk­an pembiayaan pendanaan awam bagi mewujudkan akses bekalan air kepada masyarakat luar bandar.

“Ciri utama Wakaf Air ialah menerima sumbangan dalam bentuk tunai daripada individu atau syarikat dengan niat untuk wakaf air, mengurus sumbangan dana berdasarka­n ruang lingkup yang ditetapkan dan pembiayaan pelaksanaa­n insfrastru­ktur bekalan air berskala kecil tidak lebih RM50,000 seperti penggalian perigi, pembelian peralatan pam, penyediaan mini empangan dan tangki-tangki simpanan bagi memastikan penduduk mendapat bekalan air walaupun musim kemarau,” katanya.

Beliau berkata manfaat sumbangan akan diagih kepada golongan sasar Islam dan bukan Islam. — Bernama

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia