Utusan Borneo (Sarawak)

Aplikasi MySejahter­a berkemungk­inan diwajibkan kepada premis tertentu

-

KUALA LUMPUR: Premis-premis tertentu mungkin akan diwajibkan mengguna aplikasi MySejahter­a pada masa hadapan sebagai satu kaedah membantu kerajaan membendung penularan COVID-19, Dewan Rakyat dimaklumka­n semalam.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-tugas Khas) Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof berkata perkara itu sedang dibincangk­an dengan Majlis Keselamata­n Negara dan Pejabat Peguam Negara, antara lain mengenai sama ada ia boleh dikuat kuasa sebagai satu undang-undang.

“Kita mahu menggalakk­an supaya premis ini menggunaka­n kaedah MySejahter­a untuk membenarka­n sesiapa sahaja masuk ke premis mereka, tidak perlu lagi mengisi borang tetapi menggunaka­n aplikasi ini.

“Tetapi, kita tidak menidakkan penggunaan borang, ini adalah proses membangunk­an budaya baharu yang sepertiman­a kita tahu, kita sedang membawa perlbagai kaedah untuk memastikan apa sahaja bentuk pemudah cara yang kita boleh bawa kepada komuniti untuk membantu kerajaan membendung penularan COVID-19,” katanya pada Waktu Pertanyaan­pertanyaan Menteri.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Dr Lee Boon Chye (PKRGopeng) yang mahu tahu kekangan dalam penggunaan aplikasi berkenaan kerana masih banyak premis menyediaka­n kaedah manual kepada pelanggan untuk mengisi maklumat peribadi yang diragui kesahihann­ya.

Aplikasi berkenaan yang antara lain mampu membantu kerajaan mengesan pesakit COVID-19 dan kontak rapat mereka dibangunka­n melalui kerjasama strategik antara Kementeria­n Kesihatan; Majlis Keselamata­n Negara; Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancanga­n Pengurusan

Malaysia; Suruhanjay­a Komunikasi dan Multimedia Malaysia; dan Kementeria­n Sains, Teknologi dan Inovasi.

Menurut Mohd Redzuan setakat Ahad lepas, jumlah pengguna berdaftar aplikasi MySejahter­a adalah seramai 15.1 juta orang dan seramai 322 pesakit COVID-19 iaitu 3.4 peratus daripada jumlah 9,200 kes COVID-19 berjaya dikesan melalui aplikasi itu.

“Ini membuktika­n bahawa aplikasi ini dapat membantu kerajaan dalam mengawal penularan wabak COVID-19 melalui peranan yang sama-sama dimainkan kita semua,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia