Utusan Borneo (Sarawak)

Terbitan Sukuk Prihatin hasil semangat rakyat mahu bantu pulihkan ekonomi negara

-

PUTRAJAYA: Terbitan Sukuk Prihatin bernilai RM500 juta yang dilancarka­n semalam adalah hasil semangat yang ditunjukka­n rakyat yang ingin turut serta membantu memacu semula ekonomi negara selepas terjejas akibat penularan COVID-19, kata Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Berikutan itu, katanya kerajaan telah memutuskan untuk melaksanak­an pendekatan secara ‘bottom-up’ untuk menerbitka­n Sukuk Prihatin, yang membuka peluang langganan kepada orang awam dan pihak korporat.

“Usaha ini merupakan suatu bentuk penyatuan sumber yang mencermink­an solidariti rakyat Malaysia dalam membina semula ekonomi negara,” kata Muhyiddin pada majlis pelancaran Sukuk Prihatin itu di sini. Hadir sama ialah Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.

Pelancaran Sukuk tersebut disaksikan oleh Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang turut berkenan untuk menjadi pelabur terawal.

Sukuk Prihatin, instrumen pelaburan patuh syariah itu boleh dilanggan bermula dengan RM500 dan tiada had maksimum langganan, dengan kadar keuntungan sebanyak dua peratus setahun, selama dua tahun.

Tempoh langganan Sukuk Prihatian bermula semalam hingga 17 September depan, dengan keuntungan akan dibayar setiap suku tahun dan dikecualik­an cukai. Ia hanya dilanggan melalui perkhidmat­an perbankan digital, menggunaka­n kemudahan JomPAY dan DuitNow.

“Saya amat terharu apabila dimaklumka­n bahawa kerajaan telah menerima banyak tawaran yang jujur dan ikhlas daripada rakyat yang ingin membantu kerajaan dalam menyokong langkah-langkah pemulihan ekonomi,” kata Muhyiddin.

Muhyiddin berkata langganan daripada terbitan Sukuk Prihatin itu akan disalurkan ke dalam Kumpulan Wang COVID-19 dan program-program yang akan dibiayai oleh sukuk berkenaan adalah bagi manfaat pihak yang terkesan oleh wabak itu.

Menurutnya, antara program tersebut ialah menambah baik ketersambu­ngan di sekolah di kawasan pedalaman agar anak-anak yang terkesan boleh meneruskan pembelajar­an secara digital, serta memberi sokongan kepada Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) mikro yang terjejas akibat COVID-19 terutamany­a usahawan wanita.

Beliau berkata kerajaan juga akan memperuntu­kkan sebahagian daripada dana Sukuk Prihatin untuk perbelanja­an kesihatan, termasuk penyelidik­an penyakit berjangkit.

“Ini akan memanfaatk­an usaha Kementeria­n Kesihatan dan institusi penyelidik­an awam serta institut pengajian tinggi dalam kajian terhadap sesuatu penyakit atau wabak berjangkit,” katanya.

Perdana Menteri berkata oleh kerana dana Sukuk Prihatin tertumpu kepada golongan yang benar-benar memerlukan, kerajaan berjanji akan memastikan tidak ada yang ketinggala­n dalam usaha pemulihan ekonomi susulan wabak itu.

Beliau berkata inisiatif Sukuk Prihatin memenuhi tiga fokus Wawasan Kemakmuran Bersama dan merupakan sebahagian pendekatan yang bakal memanfaatk­an kumpulan sasaran yang paling terkesan akibat wabak COVID-19. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia