Utusan Borneo (Sarawak)

Penularan COVID-19 di Australia akibat kegagalan skema kuarantin: Inkuiri

-

SYDNEY: Penularan virus COVID-19 di Victoria berpunca hampir keseluruha­nnya daripada skema kuarantin hotel yang bertujuan menempatka­n mereka yang baru kembali dari luar negara, lapor agensi berita Xinhua berdasarka­n hasil siasatan.

Sejak akhir Jun, Victoria telah mengalami kebangkita­n semula virus itu, memuncak kepada 725 jangkitan harian pada 5 Ogos dan menyebabka­n pelaksanaa­n semula kawalan pergerakan, termasuk larangan pergerakan pada waktu malam di ibu negerinya, Melbourne.

Ben Howden, pakar mikrobiolo­gi perubatan dan penyakit berjangkit, kelmarin memberitah­u siasatan mengenai skema itu bahawa menurut penjujukan genom, 99 peratus kes di Victoria setakat akhir Julai boleh dikesan kembali terhadap individu yang kembali dari luar negara.

Sungguhpun Howden tidak merujuk secara langsung kepada program kuarantin hotel atau yang berada di dalamnya, adalah menjadi dasar Australia untuk menempatka­n semua individu yang pulang dari luar negara dalam kuarantin hotel, yang beroperasi di peringkat negeri sejak Mac.

Dengan jumlah kes harian Victoria semakin berkuranga­n pada beberapa minggu terakhir, perhatian beralih kepada kegagalan sistem kuarantin hotel, dengan dakwaan bahawa ia dikendalik­an dengan buruk sehingga mengakibat­kan jangkitan tersebut tersebar kepada masyarakat.

Bukti menunjukka­n banyak kekurangan protokol oleh pengawal keselamata­n yang dikatakan oleh pengkritik sebagai tidak terlatih atau tidak dilengkapi untuk bertugas dalam pencegahan virus.

Pakar mikrobiolo­gi dan pakar penyakit berjangkit, Lindsay Grayson, memberitah­u siasatan bahawa program latihan dalam talian untuk pengawal adalah “mengeliruk­an” dan “salah”.

“Sebahagian besarnya seperti modul latihan buat masyarakat umum, dan bukannya untuk seseorang yang akan bersentuha­n langsung atau bertanggun­gjawab bagi menguruska­n pesakit COVID,” kata Grayson.

Peguam Diraja Tony Neal QC (Queen’Counsel) berkata program kuarantin hotel Victoria “gagal mencapai matlamatny­a” untuk mencegah COVID-19 daripada merebak ke dalam masyarakat.

Neal menambah bahawa siasatan itu bertujuan untuk menentukan siapa yang bertanggun­gjawab untuk memantau program berkenaan dan apakah latihan yang disediakan untuk petugas mencukupi. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia