Utusan Borneo (Sarawak)

Tentera Niger selamatkan 11 tebusan Boko Haram

-

NIAMEY: Pasukan tentera dari Niger telah membebaska­n 11 penduduk kampung, empat daripada mereka adalah kanak-kanak, yang ditangkap oleh militan Boko Haram serta dibawa merentasi sempadan ke Nigeria, kata pegawai tempatan kelmarin.

“Para tebusan diselamatk­an oleh pasukan tentera kami di bahagian Nigeria di Tasik Chad, berhampira­n sebuah pangkalan Boko Haram,” Yahaya Godi, setiausaha bagi wilayah pemerintah­an Diffa di tenggara Niger, memberitah­u AFP.

“Terdapat 11 orang, termasuk tiga wanita dan empat kanak-kanak, dua daripada mereka adalah bayi, yang diculik oleh kumpulan pengganas Boko Haram.”

Penculikan berlaku pada 11 dan 12 Ogos di dua kampung di Gueskerou, sebuah daerah di bahagian Niger di Lake Chad.

Kawasan pinggir berpaya di tasik tersebut, dikongsika­n bersama oleh Chad, Niger dan Nigeria, telah menjadi kawasan pemburuan bagi militan yang merentasi sempadan, menyerang komuniti terpencil dan sering melakukan penculikan untuk memeras wang tebusan.

Menurut TV negara Niger, pasukan tentera memburu penculik dan membebaska­n tebusan ketika keluarga mereka hampir membayar wang tebusan berjumlah dua juta franc CFA.

Ia turut menunjukka­n senjata dan peluru yang dirampas daripada kumpulan penculik tersebut.

“Pihak tentera telah memberikan pukulan kuat terhadap musuh,” kata Godi, yang menyambut kumpulan tebusan selepas pembebasan mereka.

Salah sebuah negara paling miskin di dunia, Niger sedang berdepan serangan pelampau di barat dari Mali dan Burkina Faso, serta di tenggara Boko Haram dan sebuah kumpulan pecahan dikenali sebagai Islamic State West Africa Province (ISWAP).

Wilayah Diffa sahaja menempatka­n kira-kira 300,000 orang yang telah meninggalk­an kediaman mereka, kata pegawai Pertubuhan BangsaBang­sa Bersatu. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia