Utusan Borneo (Sarawak)

Negara CIS, BRICS mungkin penerima awal vaksin Sputnik V

-

MOSCOW: Negara Komanwel Negara-Negara Merdeka (CIS), BRICS dan negara sahabat yang lain mungkin menjadi penerima asing pertama vaksin COVID19 Rusia, Sputnik V, kata Profesor Ruslan Abramov dari Universiti Ekonomi Plekhanov Rusia.

Minggu lalu, Rusia mendaftark­an vaksin COVID19 pertama di dunia, yang dibangunka­n Institut Gamaleya

di Moscow disokong Kementeria­n Pertahanan dan Dana Pelaburan Langsung (RDIF).

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif RDIF Kirill Dmitriev, negara itu telah menerima permintaan awal untuk 1 bilion dos vaksin daripada lebih 20 negara.

“Keutamaan mungkin diberikan kepada negara antaranya CIS, China, India, Brazil, Serbia dan negara

Eropah timur yang lain,” kata Abramov kepada agensi berita Rusia, Sputnik.

Pada masa sama, katanya, terlalu awal untuk bercakap mengenai Sputnik V sebagai projek komersial dan Rusia terlebih dahulu akan memenuhi keperluann­ya sendiri.

“Ada beberapa alasan untuk itu. Pertama, kita harus benar-benar memastikan vaksin itu selamat dan berkesan dalam jangka panjang. Kemudianny­a, ia harus memenuhi permintaan di pasaran domestik. Dan hanya selepas itu kita boleh membincang­kan mengenai aspek komersial,” jelasnya.

Menurut Abramov dunia kini menyaksika­n fasa baharu “perlumbaan vaksin” dan Rusia terus berada di hadapan.

“Tetapi hanya masa akan menentukan sama ada kepemimpin­an ini akan berterusan dan diperkukuh. Jangan lupa banyak negara di dunia mempunyai pusat virologi yang menghasilk­an vaksin dan mempunyai rekod baik,” kata Abramov.

Meskipun, negara Barat kelihatan kurang yakin dengan vaksin Sputnik V, yang belum lulus ujian klinikal tahap tiga, pakar itu percaya bahawa ia selamat dan berkesan. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia