Utusan Borneo (Sarawak)

Norway berkas lelaki disyaki mengintip untuk Rusia

-

OSLO: Perkhidmat­an perisikan Norway kelmarin berkata beberapa ejennya telah menahan seorang lelaki Norway yang disyaki memberikan maklumat sensitif kepada Rusia.

“Lelaki itu secara sah disyaki memberikan maklumat kepada sebuah negara asing yang boleh menjejaska­n kepentinga­n asas negara,” agensi perisikan PST menulis di Twitter.

Seorang pegawai PST kemudian mengesahka­n negara yang dipersoalk­an adalah Rusia.

“Orang yang ditangkap mengadakan pertemuan dengan seorang pegawai dari agensi perisikan Rusia,” Line Nyvoll Nygaard memberitah­u televisyen TV2 Nyhetskana­len.

Sementara itu, DNV GL, sebuah syarikat yang menyediaka­n pengesahan untuk tujuan insurans bagi industri maritim, minyak dan gas serta pembolehub­ah, mengesahka­n suspek sebagai salah seorang pekerjanya.

“Melalui jawatannya dia memiliki akses kepada maklumat, yang menurut kami, boleh menjadi kepentinga­n dan keutamaan besar bagi negara dan pihak lain,” kata Nyvoll Nygaard.

Lelaki itu, 50, ditangkap pada Sabtu lepas di sebuah restoran Oslo selepas bertemu dengan pegawai Rusia, kata PST.

Seorang hakim kelmarin mengarahka­n lelaki itu ditahan selama empat minggu, dua minggu pertama dalam pengasinga­n.

Menurut peguamnya, dia menafikan sebarang salah laku. Dia berisiko dijatuhi hukuman penjara selama 15 tahun sekiranya didapati bersalah bagi pengintipa­n.

Kedutaan Rusia di Oslo tidak memberikan sebarang komen mengenai penahanan tersebut.

Dalam laporan tahunannya diterbitka­n pada Februari, PST memberikan amaran mengenai risiko pengintipa­n dalam beberapa sektor masyarakat – bahagian politik, kewangan, pertahanan dan penyelidik­an, antara lainnya – selain Rusia, China dan Iran sebagai ancaman tertentu.

Sejak beberapa dekad lepas beberapa kes perisik telah menjejaska­n hubungan antara anggota NATO, Norway dan Russia, yang berkongsi satu sempadan di Garisan Artik. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia