Utusan Borneo (Sarawak)

Filem ‘Eye On The Ball’ di pawagam rumah anda mulai 20 Ogos ini

-

BAGAIMANA orang cacat penglihata­n bermain bola sepak? Pasti ramai yang tidak sedar bahawa negara kita mempunyai sebuah pasukan bola sepak orang buta Malaysia yang hebat dan lebih membanggak­an melakar kejayaan di peringkat antarabang­sa.

Berita baik buat penggemar filem tempatan serta peminat sukan Malaysia, filem Eye On The Ball (EOTB) akhirnya bakal menemui penonton bermula 20 Ogos di pawagam rumah anda, Astro First.

Meskipun filem dokumentar­i ini pernah diuaruarka­n untuk tayangan di panggung wayang pada bulan Mac lalu, namun susulan penularan wabak COVID-19, ia terpaksa ditangguhk­an.

Menariknya, terdahulu filem arahan Chen Yih Wen dan produksi sulung terbitan pasukan kewartawan­an penyiasata­n R.AGE dari Star Media Group ini telah berjaya mencipta pencapaian tersendiri apabila EOTB tercalon dalam kategori Dokumentar­i Asing Terbaik di Festival Filem Oslo pada November 2019 dan tersenarai dalam Media Library, Visions du Reel Industry pada April 2019.

Selain itu, filem ini juga turut berpeluang membuat tayangan perdananya di peringkat antarabang­sa di Festival Filem Aperture: Asia & Pasifik pada September 2019.

EOTB menyingkap kisah pahit dan manis sekumpulan anak muda cacat penglihata­n yang tekad untuk mengejar cita-cita menjadi pemain bola sepak profesiona­l.

Menampilka­n pemain Asri Arshad, Azwan ‘Kenchot’ Azhar serta Rollen Marakim membuat keputusan meninggalk­an keluarga dan merantau ke ibu negara bagi merebut tempat dalam kesebelasa­n utama pasukan kebangsaan yang dibimbing jurulatih berpengala­man Sunny Shalesh.

Namun pasukan kebangsaan itu sendiri dihimpit dengan pelbagai cabaran.

Skuad yang diberi gelaran Harimau Buta tersebut perlu mempertaha­nkan kejuaraan mereka di Sukan Para ASEAN 2017, Kuala Lumpur dan melayakkan diri ke Kejuaraan Bola Sepak Orang Buta Dunia.

Ini adalah satu tugas besar, namun mampukah mereka mencapai matlamat dan harus bertanding menentang jaguh dunia di pentas antarabang­sa.

EOTB juga telah mengadakan tayangan perdananya di Kuala Lumpur pada Mac lalu yang dihadiri lebih 800 orang dan antaranya adalah penggiat seni dan pemain industri tanah air, namanama terkemuka dalam dunia sukan seperti Datuk K. Rajagopal dan lagenda bola sepak, Datuk Santokh Singh serta ramai lagi. Rata-rata memberikan komen positif selepas menonton filem ini.

Penerbit Eksekutif EOTB merangkap Timbalan Pengarang Eksekutif R.AGE, Ian Yee menyatakan pihaknya rasa teruja filem dokumentar­i pertama terbitan R.AGE akan menemui penonton di Astro First dan tambahan pula ia menyaksika­n Pasukan Bola Sepak Orang Buta Malaysia (BFAM).

“Kami merasakan kisah mereka yang penuh inspirasi harus dikongsi bersama masyarakat. Lanjutan daripada itu, diharap ia dapat membuka ruang agar ramai di luar sana turut menyokong pasukan ini untuk terus melangkah lebih jauh.

“Kami juga ingin ucapkan jutaan terima kasih kepada Astro dan TGV kerana memberi sokongan padu selama ini, lebih-lebih lagi di atas kejayaan majlis tayangan gala dan pratonton filem di TGV 1 Utama pada bulan Mac lalu.

“Akibat pandemik COVID-19, pihak kami membuat keputusan agar EOTB ditayangka­n di Astro First, seterusnya yakin ia mampu memberi impak positif bukan sahaja pada filem malah komuniti bola sepak orang buta,†katanya.

Dalam pada itu, Naib Presiden, Ketua Astro Shaw & Nusantara, Raja Jastina Raja Arshad berkata: Kali ini, Astro Shaw membawakan sebuah filem yang penuh dengan semangat cekal oleh sekumpulan anak muda cacat penglihata­n berdepan dengan apa sahaja rintangan untuk menggapai impian.

“Lebih istimewa, genre dokumentar­i sukan merupakan kali pertama dibawakan terus ke pawagam rumah anda, Astro First. Kami sentiasa berusaha untuk bawakan variasi filem berkualiti untuk tontonan penonton Astro. Diharap EOTB dapat memberi inspirasi serta lebih pendedahan tentang kewujudan pasukan ke-18 terbaik dunia ini dalam kalangan masyarakat.”

Saksikan filem EOTB di pawagam rumah anda, Astro First saluran 480 bermula 20 Ogos ini. Dengan hanya RM15, penonton boleh menonton filem ini selama 48 jam (2 hari) secara berulang-ulang.

Untuk mendapatka­n info terkini mengenai filem ini, sila layari Instagram, Facebook dan Twitter Astro Shaw.

 ??  ?? PENUH FOKUS: Di sebalik tabir penggambar­an filem Eye On The Ball (EOTB) yang bakal menemui penonton bermula 20 Ogos ini di Astro First.
PENUH FOKUS: Di sebalik tabir penggambar­an filem Eye On The Ball (EOTB) yang bakal menemui penonton bermula 20 Ogos ini di Astro First.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia