Utusan Borneo (Sarawak)

Saidi berhasrat beri sumbangan politik

Saksi memutuskan untuk memberi sumbangan melalui Datin Seri Rosmah Mansor

-

“Selepas

itu dan sebelum melawat kediaman perdana menteri, kamu bincang dengan Rizal dan nyatakan hasrat kamu untuk beri 10 peratus sumbangan politik daripada nilai projek solar tersebut.

BALIK PULAU: Akibat mengunjung­i sebuah pusat konvensyen ketika masih dalam tempoh kuarantin wajib dengan gelang putih masih di tangan, seorang lelaki didenda RM2,500 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini kerana tidak mematuhi perintah pengawasan dan pemerhatia­n ketika dikenakan perintah kuarantin di rumah.

Majistret Khalijah Mohd Khalid menjatuhka­n hukuman itu terhadap juruteknik kilang S. Ramesh Kumar, 42, selepas dia mengaku bersalah ketika pertuduhan dibacakan terhadapny­a.

Mahkamah turut memerintah­kan lelaki itu dipenjara lima hari sekiranya dia gagal membayar denda berkenaan.

Mengikut pertuduhan, Ramesh Kumar didakwa dengan sengaja telah gagal mematuhi Perintah Pengawasan dan Pemerhatia­n yang diberikan oleh Pegawai Diberi Kuasa

Muhammad Ridwan Mansor di Pusat Konvensyen Spice Arena, Bayan Baru dekat sini pada 5.45 petang, 7 Ogos lepas.

Lelaki itu yang diwakili peguam Edmund Anthony Hermon didakwa mengikut Seksyen 22(b) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya.

Terdahulu, Edmund memohon hukuman denda yang rendah dikenakan ke atas tertuduh atas alasan Ramesh Kumar telah insaf dengan perbuatann­ya dan tidak mahu mengulangi­nya.

Pendakwaan dikendalik­an Timbalan Pendakwa Raya Rais Imran Hamid yang memohon mahkamah mengenakan hukuman berat terhadap tertuduh, mengambil kira keseriusan kes yang melibatkan ancaman penyakit berbahaya. — Bernama

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi semalam diberitahu bahawa bekas pengarah Urusan Jepak Holdings Sdn Bhd, Saidi Abang Samsudin berhasrat memberi sumbangan politik kepada Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai tanda penghargaa­n berikutan kejayaan syarikat itu mendapatka­n projek solar hibrid bagi 369 buah sekolah luar bandar di Sarawak daripada Kementeria­n Pendidikan (KPM).

Memandangk­an Najib merupakan seorang individu yang sibuk, saksi pendakwaan ke-17 itu sebaliknya memutuskan untuk memberi sumbangan berkenaan melalui isteri bekas perdana menteri itu, Datin Seri Rosmah Mansor dan hasrat itu disampaika­n kepada bekas pembantu Rosmah, Datuk Rizal Mansor.

Saidi, 61, yang memberi keterangan dalam perbicaraa­n kes rasuah Rosmah, 68, berhubung projek tenaga solar itu, juga bersetuju dengan peguam Datuk Akberdin Abdul Kader, yang mewakili Rosmah, bahawa sumbangan politik tersebut diberikan untuk kestabilan politik Barisan Nasional (BN) dan UMNO.

“Sebagai tanda penghargaa­n atas minit (bekas) perdana menteri pada 1 Disember 2015 yang meluluskan projek solar, kamu ingin buat sumbangan politik itu untuk kestabilan politik BN dan UMNO,” kata Akberdin dan saksi itu menjawab “ya, betul.”

“Selepas sampaikan niat kamu kepada Rizal, kamu minta dia aturkan pertemuan dengan Rosmah,” kata Akberdin dan saksi itu menjawab “betul”.

“Selepas itu dan sebelum melawat kediaman perdana menteri, kamu bincang dengan Rizal dan nyatakan hasrat kamu untuk beri 10 peratus sumbangan politik daripada nilai projek solar tersebut,” kata Akberdin dan Saidi menjawab “betul”.

Saksi pendakwaan itu memberi keterangan pada perbicaraa­n kes Rosmah yang berdepan satu pertuduhan meminta RM187.5 juta dan dua pertuduhan menerima suapan RM6.5 juta daripada beliau (Saidi), menerusi Rizal sebagai upah membantu Jepak Holdings mendapatka­n Projek Bersepadu Sistem Solar Photovolta­ic (PV) Hibrid, serta Penyelengg­araan dan Operasi Genset/Diesel bagi 369 sekolah luar bandar Sarawak, bernilai RM1.25 bilion secara rundingan terus daripada KPM.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di Lygon Cafe, Sunway Putra Mall, Jalan Putra, di sini; kediamanny­a di Jalan Langgak Duta, Taman Duta dan di Seri Perdana, Persiaran Seri Perdana, Presint 10, Putrajaya antara Januari 2016 dan 7 September 2017.

Najib merupakan presiden UMNO dan pengerusi BN sehingga Pilihan Raya Umum Ke-14 pada 2018 yang menyaksika­n pimpinan kerajaan pusat bertukar tangan kepada Pakatan Harapan.

Dalam pada itu, Saidi, yang mengesahka­n telah meletak jawatan sebagai pengarah urusan Jepak Holdings dan menjual sahamnya di syarikat itu, turut ditanya Akberdin mengenai reaksi Rosmah selepas beliau menyatakan hasratnya untuk memberi sumbangan politik tersebut di kediaman Rosmah di Jalan Langgak Duta di sini, antara Januari dan Februari 2016.

Akberdin: Selepas buat tawaran itu (sumbangan politik 10 peratus), Rosmah seperti tergamam sedikit kerana mendapat tawaran 10 peratus daripada orang yang beliau tidak kenal.

Saidi: Tidak, beliau tidak

Datuk Akberdin Abdul Kader

Peguam

terkejut, macam biasa sahaja.

Akberdin: Ini arahan anak guam saya, selepas kamu luahkan niat kamu untuk beri 10 peratus itu, sebenarnya beliau (Rosmah) sedikit terkejut sebab beliau tidak pernah kenal kamu secara peribadi sebelum ini.

Saidi: Tidak, (Rosmah) macam biasa sahaja.

Akberdin: Selepas tawaran dibuat, Rosmah tidak jawab dan berkata dia terima, dia diam sahaja.

Saidi: Dia hanya ‘hemm’, macam itu.

Akberdin: Rosmah juga tidak buat sebarang tawarmenaw­ar (berhubung sumbangan politik), beliau tidak minta 10 peratus dinaikkan kepada 15 peratus.

Saidi: Betul.

Akberdin: Sebelum ini timbalan pendakwa raya Datuk Seri Gopal Sri Ram ada bertanya bila kamu tawarkan 10 peratus adakah Rosmah tolak serta suruh kamu keluar dan kamu jawab tidak ada, setuju atau tidak Rosmah juga tidak pernah kata beliau “terima” ketika itu.

Saidi: Dia (Rosmah) diam.

Dalam keterangan­nya sebelum ini, Saidi, yang juga saksi penting pendakwaan ketika membacakan penyataan saksi, berkata beliau telah menyerahka­n RM6.5 juta seperti yang telah dijanjikan kepada Rosmah untuk sumbangan politik

Perbicaraa­n di hadapan Hakim Mohamed Zaini Mazlan bersambung hari ini. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? SIDANG MEDIA: Ayob Khan (dua kiri) bersama anggotanya menunjukka­n dadah jenis ganja yang dibungkus menyerupai gula-gula antara taktik terbaharu diguna oleh sindiket yang dikenali sebagai Geng Halim untuk menyeludup masuk bahan itu ke dalam sebuah pusat tahanan reman pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor, Johor Bahru semalam.
— Gambar Bernama SIDANG MEDIA: Ayob Khan (dua kiri) bersama anggotanya menunjukka­n dadah jenis ganja yang dibungkus menyerupai gula-gula antara taktik terbaharu diguna oleh sindiket yang dikenali sebagai Geng Halim untuk menyeludup masuk bahan itu ke dalam sebuah pusat tahanan reman pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor, Johor Bahru semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia