Utusan Borneo (Sarawak)

Hukuman berat perlu terhadap pelaku hina bendera, Jata Negara

Hukuman diharap dapat memberi pengajaran kepada semua pihak

-

SEREMBAN: Hukuman lebih berat perlu diambil terhadap pelaku yang sengaja memasang Jalur Gemilang secara terbalik dan perbuatan menghina Jata Negara, kata Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Zahidi Zainul Abidin.

Mengambil contoh negara jiran Thailand yang mengenakan hukuman berat terhadap mereka yang menghina negara termasuk raja, beliau berkata tindakan tegas seperti itu akan memberikan pengajaran kepada semua pihak.

“Kita harap mereka ini (yang memasang Jalur Gemilang terbalik dan menghina Jata Negara) perlu ditangkap dan diambil tindakan lebih berat …tindakan tegas perlu diambil,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan program Merdeka@ Komuniti dan Ziarah Kasih Merdeka di sini, semalam. Turut dihadir Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rantau Datuk Seri Mohamad Hasan dan Pengarah Jabatan Penerangan Negeri Sembilan Shahnon Mohamad.

Beliau berkata hukuman berat itu akan mampu memberi pengajaran kepada masyarakat untuk tidak mewujudkan keadaan tidak harmoni seperti menghina Jalur Gemilang dan Jata Negara apabila mereka berasa tidak puas akan sesuatu.

Zahidi turut menegaskan kementeria­n akan terus melipatgan­dakan usaha untuk memberi pemahaman kepada masyarakat tentang perlunya mereka menyayangi dan menghormat­i lambang negara.

“Kementeria­n akan teruskan kempen kibar Jalur Gemilang …supaya rakyat betul-betul memahami dan menyayangi serta menghormat­i negara, Jata Negara, bendera (Jalur Gemilang) dan warga kita,” katanya.

Mengenai program berkenaan, beliau berkata meskipun negara kini dalam fasa Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) bagi membendung penularan COVID-19, namun ia bukanlah alasan Bulan Kebangsaan tidak dapat disambut dengan meriah.

“Sambutan kali ini mengikut normal baharu dan kita tidak mahu sambutan Merdeka kali ini kurang meriah dan tidak bersemanga­t. Jadi kita cuba yang terbaik bagi memastikan rakyat memahami dan mengamalka­n prinsip Rukun Negara serta terus semarakkan semangat patriotik,” katanya.

“Kita

harap mereka ini (yang memasang Jalur Gemilang terbalik dan menghina Jata Negara) perlu ditangkap dan diambil tindakan lebih berat … tindakan tegas perlu diambil.

Datuk Zahidi Zainul Abidin

Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia

Program Merdeka@ Komuniti merupakan program Jabatan Penerangan yang bertujuan untuk menyemarak­kan lagi semangat patriotism­e dan cintakan negara.

Selain aktiviti pemasangan bendera, turut diadakan ialah Info On Wheels (IOW) Merdeka serta pertanding­an lagu patriotik serta ziarah kasih merdeka, bagi mendekati masyarakat. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? ZIARAH: Calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim, Mohd Zaidi Aziz menyantuni warga emas, Mariah Ahmad Razali, 88, ketika menziarahi rumah Mariah sempena kempen di Kampung Klah Baru, Tanjung Malim semalam. PRK DUN Slim pada 29 Ogos ini menyaksika­n pertanding­an tiga penjuru antara Mohd Zaidi dengan dua calon bebas, Amir Khusyairi Mohamad Tanusi dan S. Santharase­karan.
— Gambar Bernama ZIARAH: Calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim, Mohd Zaidi Aziz menyantuni warga emas, Mariah Ahmad Razali, 88, ketika menziarahi rumah Mariah sempena kempen di Kampung Klah Baru, Tanjung Malim semalam. PRK DUN Slim pada 29 Ogos ini menyaksika­n pertanding­an tiga penjuru antara Mohd Zaidi dengan dua calon bebas, Amir Khusyairi Mohamad Tanusi dan S. Santharase­karan.
 ?? — Gambar Bernama ?? MESRA: Zahidi (dua kanan) dan Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau Datuk Seri Mohamad Hasan (dua kiri) beramah mesra dengan salah seorang penduduk ketika mengadakan ziarah kasih pada Program Konvoi Kembara Ziarah Kasih Merdeka di Dewan Eco Park Kuala Sawah, Rantau, Seremban semalam.
— Gambar Bernama MESRA: Zahidi (dua kanan) dan Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau Datuk Seri Mohamad Hasan (dua kiri) beramah mesra dengan salah seorang penduduk ketika mengadakan ziarah kasih pada Program Konvoi Kembara Ziarah Kasih Merdeka di Dewan Eco Park Kuala Sawah, Rantau, Seremban semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia