Utusan Borneo (Sarawak)

Mercy Malaysia pilih 32 sekolah untuk bina kios mencuci tangan

-

IPOH: Raja Permaisuri Perak Tuanku Zara Salim semalam berkenanbe­rangkatmer­asmikan kios mencuci tangan yang merupakan inisiatif Mercy Malaysia dengan kerjasama Maybank bagi mengekang penularan COVID-19.

Majlis Pelancaran Projek Kios Mencuci Tangan Untuk Sekolah Terpilih di Malaysia itu berlangsun­g di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tasek Damai di sini.

Menurut Presiden MERCY Malaysia Datuk Dr Ahmad Faizal Mohd Perdaus, pihaknya telah memilih 32 sekolah di seluruh negara untuk projek fasa pertama bagi meningkatk­an kesedaran serta menerapkan budaya kebiasaan baharu terhadap golongan pelajar.

“Kira-kira 17 kios mencuci tangan telah dibina manakala selebihnya masih menunggu giliran. Di Perak, sebanyak 10 sekolah dipilih untuk dibina kios berkenaan,” katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian itu.

Antara sekolah yang tersenarai bagi projek fasa pertama adalah SMK Rembau, Negeri Sembilan; SMK Simpang Renggam, Kluang, Johor; SMK Telok Mas, Melaka Tengah, Melaka dan SMK Tengku Mahmud, Besut, Terengganu.

Mengulas lanjut, Dr Ahmad Faizal berkata pembinaan kios berkenaan berbeza mengikut kesesuaian lokasi yang melibatkan kos bernilai kira-kira RM4,000 hingga RM7,000 meliputi sinki, paip air dan tempat meletak sabun.

Katanya, kos pembinaan tersebut ditaja oleh Maybank dan berharap lebih banyak pihak dapat tampil memberi tajaan agar ia dapat diperluask­an lagi.

“Sekolah berkenaan dipilih berdasarka­n beberapa kriteria antaranya bilangan pelajar yang ramai, terletak di daerah yang berisiko tinggi jangkitan COVID-19 dan beberapa lagi,” katanya.

Kios tersebut diletakkan di kawasan hadapan atau berdekatan laluan masuk pelajar berdasarka­n panduan yang telah dikeluarka­n oleh pihak Kementeria­n Pendidikan dan mempunyai ruang khas untuk meletakkan poster-poster berkaitan langkah-langkah penjagaan kebersihan serta kesihatan. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? CUCI TANGAN: Zara Salim berkenan mencuci tangan pada Pelancaran ‘Handwashin­g Kiosk’ di Sekolah Menengah Kebangsaan Tasek Damai Ipoh semalam. Sejumlah 32 sekolah di Malaysia dipilih bagi projek tersebut bagi mengurangk­an risiko jangkitan COVID-19.
— Gambar Bernama CUCI TANGAN: Zara Salim berkenan mencuci tangan pada Pelancaran ‘Handwashin­g Kiosk’ di Sekolah Menengah Kebangsaan Tasek Damai Ipoh semalam. Sejumlah 32 sekolah di Malaysia dipilih bagi projek tersebut bagi mengurangk­an risiko jangkitan COVID-19.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia