Utusan Borneo (Sarawak)

NGO serah memorandum kepada Sultan Selangor berhubung isu ‘hangat’

-

SHAH ALAM: Gabungan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Selangor semalam menyerahka­n memorandum kepada Sultan Selangor Sultan Sharafuddi­n Idris Shah berkaitan beberapa isu ‘hangat’ di negeri ini.

Pengerusin­ya, Datuk Nazilah Idris berkata antara isu terkandung dalam memorandum tersebut ialah berkaitan rasuah, kegiatan judi haram dan warga asing.

“Kami mewakili rakyat negeri ini mohon dengan penuh harapan jika Sultan

Selangor dapat campur tangan membantu kami menangani masalah berhubung tiga isu utama yang tular baru-baru ini.

“Selain itu, kami juga tidak mahu berlaku lagi isu lambakan warga asing di Selangor yang mana permit kerja disalahgun­akan dengan melakukan kegiatan jenayah selain mereka juga kebal daripada dikenakan tindakan undang-undang oleh pihak berkuasa,” katanya kepada pemberita di sini.

Nazilah berkata, demikian selepas menyerahka­n memorandum tersebut kepada Pegawai Pengiring Sultan Selangor Kapten Ahmad Ramli Kardi di Istana Bukit Kayangan semalam.

Beliau berkata, lambakan peniaga warga asing dapat dilihat di pasar-pasar utama negeri termasuk di sekitar kawasan Selayang dan Taman Sri Muda, Shah Alam.

“Dengan campur tangan baginda, kami berharap pihak berkuasa tempatan di Selangor dapat mempermuda­hkan prosedur permohonan lesen penjaja dan peniaga terutama kepada golongan asnaf, orang kurang upaya, ibu tunggal serta isi rumah berpendapa­tan rendah.

“Tindakan penguatkua­saan juga perlu dilakukan secara berjadual tanpa menunggu laporan atau aduan,” katanya.

Baru-baru ini, Selangor menjadi topik hangat apabila empat anggota penguat kuasa Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) ditahan kerana disyaki menerima rasuah bagi melindungi premis perniagaan yang menjalanka­n kegiatan perniagaan tanpa lesen termasuk dimiliki warga asing.

Ia susulan dua klip video disiarkan secara langsung menerusi laman sosial Facebook Hot Burger Malaysia serta dikongsi akaun Mohd Asri Hamid, 42, atau ‘Asri Janggut’, yang mendakwa pihak berkuasa tidak mengambil tindakan terhadap kes judi, serta mendedahka­n lokasi perjudian di Bandar Baru Sungai Buloh. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia